Monday, 15 July 2013

BLOGGER PORNO MAKAN BABI, BERI KETERANGAN DI SKMM....APA HASILNYER..???


Pasangan yang mempersendakan Ramadan, Alvin Tan dan Vivian Lee tiba di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Bangunan Sultan Abdul Samad pada pagi tadi bagi memberi keterangan.

Mereka yang dikenali sebagai ‘Alvivi’ sepatutnya memberi keterangan di pejabat SKMM pada pukul 10 pagi tetapi tiba lebih lewat iaitu kira-kira pukul 10.45 pagi.
Pasangan itu tidak memberi sebarang komen kepada media apabila memasuki pejabat tersebut dan dibawa ke bilik siasatan oleh beberapa pegawai.
Admin tidak bertujuan untuk menambah 'populariti' mereka di ruang cyber ini dengan turut memuatkan kisah babi mereka yang sangat menghina Islam itu di sini. Cuma... lihatlah apa hasil keterangan mereka hari ini....
Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Operasi SKMM, Zulkarnain Mohd. Yassin berkata, siasatan masih berjalan dan kedua-duanya telah diambil keterangan apabila datang ke pejabat suruhanjaya itu pada pukul 10.45 pagi tadi.   
“Kita harap dalam masa satu atau dua hari lagi kertas siasatan akan disiapkan untuk diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 
Admin amat tertarik dengan tulisan berikut :
Hina Islam Jangan Setakat Ambil Kenyataan...

UNTUK makluman semua, bagi kes-kes melibatkan penyalahgunaan Internet dan media sosial ini, bidang kuasa menyiasat adalah terletak dibawah Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM). Soal tangkapan dan penguatkuasan selepas siasatan akan dijalankan oleh polis dan proses pendakwaan seperti biasa akan dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara.

Dalam soal penghinaan ke atas agama Islam melibatkan beruk Alvin Tan dan Vivian Lee baru-baru ini, penulis tidak begitu bimbang dengan pihak pertama dan kedua, penulis sedikit bimbang dengan pihak yang ketiga.

Justifikasi berkata demikian setelah melihat beberapa kes sebelum ini melibatkan pasangan tersebut yang berakhir tanpa apa-apa tindakan dalam bentuk pendakwaan, antaranya kerana mengeluarkan rakaman lucah aksi seks sendiri.

Penulis tidak pasti kesalahannya dimana, adakah pada undang-undang kita sedia ada yang tidak cukup untuk menyabitkan pasangan tersebut dengan dakwaan membuat filem lucah atau ada alasan tertentu dari pejabat Peguam Negara sehingga menyebabkan pendakwaan tidak diteruskan seperti sudah tarik balik video, minta maaf dan sebagainya.

Ini perlu dijelaskan oleh pihak terbabit kerana setakat tarik balik atau minta maaf sahaja tidak cukup, apatah lagi di zaman Internet dimana segala yang ditarik balik boleh disimpan dan dikeluarkan semula pada bila-bila masa.

Bercakap tentang video lucah kedua beruk ini yang pernah menggoncang negara satu masa dulu, memang rakaman itu dilakukan di negara luar (Singapura), tapi sebagai rakyat Malaysia, 2 ekor ini masih tertakluk kepada undang-undang negara ini dan Singapura sendiri pun setakat yang penulis tahu, begitu ketat kawalannya ke atas Internet sehingga mencetus perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat sendiri.

Takkanlah tidak ada ruang langsung untuk pihak berkuasa negara kita mengambil tindakan, apatah lagi pasangan beruk tersebut bergerak bebas keluar masuk dalam negara ini seolah-olah tidak melakukan apa-apa. Kalau tidak ada kuasa langsung, kenapa dalam kes itu (video lucah), mereka dipanggil memberi keterangan?

Setakat nak mengesahkan dimana rakaman tersebut dibuat dan dimuat turun, penulis rasa SKMM sudah boleh mengesan dengan lebih awal lagi, tak payah panggil pun tidak mengapa.

Kebimbangan kita, dalam kes terbaru membabitkan pasangan terbabit kerana menghina Islam ini pun, perkara sama akan berulang. Jika itu berlaku, yang akan dapat kesan kemarahan rakyat bukan pihak terbabit, tapi kerajaan.

Penulis harap semua pihak berkenaan dapat peka dengan perkembangan tidak sihat yang sedang menular di kalangan anak muda kita dan mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Walaupun mungkin tidak diwajibkan dalam undang-undang, Jabatan Peguam Negara mesti menjelaskan kepada rakyat kenapa proses pendakwaan tidak diteruskan dalam kes-kes berkaitan kepentingan awam seperti ini. Samalah halnya bila Peguam Negara membalas kenyataan Dr. Khir Toyo berhubung pendakwaan dalam kes rasuahnya, itupun tidak ada keperluan undang-undang tapi boleh dibuat.

No comments: