Saturday 29 June 2013

PERAK PERTIMBANGKAN HARAMKAN SHISHA



Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menimbang kemungkinan untuk turut mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri kata beliau akan mendapatkan maklumat daripada Jabatan Kesihatan.

Beliau juga akan mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri, Tan Sri Harussani Zakaria. - TV3

No comments: