Imej di atas adalah gambar bot malang yang karam (lihat penumpang yang mengambil risiko di atas bot) , telah diambil oleh penumpang yang tidak dapat menaiki bot tersebut. Gambar milik Borneo Post.
Berita Awal....
KUCHING 28 Mei - Sebuah bot ekspres dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit yang sarat dengan penumpang karam kira-kira 9 pagi ini berhampiran Tanjong Giam Bungan.
Tragedi itu berlaku kira-kira sejam selepas bot yang sarat dengan penumpang yang balik untuk menyambut Hari Gawai itu berlepas dari pekan Belaga.
Jumlah mangsa setakat ini belum dapat di sahkan. - Utusan.
Berita Susulan....
Tragedi bot ekspress karam di Belaga, Sarawak.
Sehingga kini, berpuluh-puluh penumpang dipercayai masih gagal dikesan.
Pembantu Menteri Kebudayaan dan Kesenian Sarawak, Liwan Lagang yang juga ADUN Belaga yang dipetik portal berita Borneo Post berkata bot yang sarat dengan lebih 100 penumpang itu dalam perjalanan dari Belaga ke Kapit sebelum karam.
Sepasukan polis dan paramedik ketika ini dalam pejalanan ke lokasi kejadian dan dijangka hanya tiba sekitar jam 7 petang ekoran lokasi yang agak terpencil.
ADUN Liwan itu sebelum ini menyaksikan sendiri kejadian dan sempat meminta bantuan penduduk setempat dan berjaya menyelamat lebih 30 mangsa.
Sehingga kini, masih tiada lagi laporan kemalangan jiwa yang diterima.
Kejadian sekitar jam 8 pagi itu dikatakan berlaku apabila enjin bot ekspres berkenaan mati ketika dalam perjalanan.
Ketika sedang hanyut, ia dikatakan terlanggar batu lalu terbalik.
Hiasan |
KUCHING - Seramai 23 orang hilang manakala 181 lagi selamat apabila bot ekspres yang mereka naiki karam di Sungai Rajang berhampiran Belaga di pedalaman Sarawak hari ini.
Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau berkata kesemua 181 mangsa yang selamat itu kini ditempatkan di dua rumah panjang tidak jauh daripada kawasan kejadian, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan dengan bot ekspres dari pekan Belaga.
"Kami masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mereka yang hilang," katanya ketika dihubungi dari sini.
Beliau berkata kejadian dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi apabila bot ekspres 'Bakun Mas' itu mengalami masalah enjin selepas melangar serpihan kayu di sungai itu.
Ketika kejadian bot dengan kapasiti 67 penumpang itu sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.
Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Betek Lahang ketika dihubungi berkata polis dan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan sedang mengumpul maklumat mengenai jumlah sebenar mangsa terlibat.
Beliau berkata ketika kejadian bot ekpress yang penuh dengan penumpang itu dalam perjalanan ke Kapit dan Sibu selepas kira-kira 40 minit berlepas dari bandar Belaga.
Polis dan pasukan perubatan kini berada di tempat kejadian dan sehingga petang ini usaha mencari dan menyelamat masih dijalankan, katanya.
Pegawai Daerah Belaga Abdul Halim Abdullah ketika dihubungi berkata beliau dan anggota Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong dan anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang dalam perjalanan ke tempat kejadian. - Bernama
No comments:
Post a Comment