Kata orang BN tewas kerana membelakangi ahli parti di bahagian apabila beberapa pegawai dalam Pejabat Perdana Menteri menjadi calon ketika kempen PRU13 tempoh hari.
Tetapi suka atau tidak isu calon adalah antara punca BN gagal di beberapa kerusi adalah kerana individu yang dicalonkan terdiri daripada pegawai-pegawai di pejabat PM sendiri.
Apa mereka ini memiliki merit yang ditetapkan?
Adakah ini calon boleh menang yang dicanang sejak sekian lama?
Siapakah penasihat PM sehingga PM akur dengan senarai calon yang dikeluarkan?
Apakah relevannya keputusan yang dibuat oleh PM ini, adakah PM rela hati dengan keinginan pegawainya menjadi calon dalam PRU13?
Macam-macam soalan timbul dalam kepala otak jentera parti baik jentera Wanita, Pemuda dan juga Puteri.
Relevankah Datuk Shafie Abdullah diletakkan sebagai calon Wangsa Maju, sehingga wujud pertikaikan dengan MCA kerana kawasan tersebut merupakan kerusi milik MCA?
Apakah Datuk Shahlan popular dan relevan sehingga beliau dicalonkan bagi kerusi di Pokok Sena?
Kuatkah pengaruh Datuk Fatmi di Kota Bharu?
Apa kelebihan Irmohizam sehingga dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor? (satu-satunya pegawai PM Ofis yang menang)
Popularkan Suffian Awang di kalangan penduduk Kuantan sehingga dipilih untuk berhadapan dengan Fuziah Salleh calon PKR yang dikenali sebagai pejuang Lynas bagi masyarakat cina Kuantan?
Adakah Latt Shariman disenangi majoriti penduduk Dun Kubang Rotan? (BN menang di Kedah tapi Latt Shariman tewas)
Adakah pegawai yang bekerja sejak sekian lama dengan DS Najib Tun Razak menunjukkan kerelaan kepada PM dengan menyatakan;
"Datuk Seri, kerusi tersebut ada calon lain yang lebih baik, saya tak kisah tak jadi calon, asalkan parti dapat menang dan Datuk Seri terus dapat memimpin kami"
Confirm tiada!
Jadi tidak malukah wajah-wajah GAGAL ini kepada bos mereka, mereka patut malu kerana meninggalkan bos mereka terkontang-kanting melakukan segala tugasan sendirian kerana SUPOL-SUPOL yang dilantik sibuk mengejar kerusi masing-masing?
Jika menang tak apalah!
Tetapi kalah...!
Sudahlah kalah, masih tidak malu meminta diberikan jawatan tertentu di dalam Pejabat Perdana Menteri malah ada juga yang menuntut jawatan Senator?
Rosak PM dek kerana punahsihat yang tak berapa nak sihat!
Jadi usahlah mereka-mereka yang GAGAL ini diberikan tempat dalam ofis PM, sebaiknya tempatkan saja di Muzium UMNO kerana mereka adalah spesis Winkabel Candidates yang perlu dikenang dalam sejarah pentadbiran DS Najib Tun Razak...
Double Y
No comments:
Post a Comment