Sunday, 12 May 2013

DAP SOGOK ROS BATALKAN PENDAFTARAN...???


KUALA LUMPUR 11 Mei - Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Permatang Pauh, N. Ponnusamy hari ini meminta pucuk pimpinan DAP menjelaskan tentang dakwaan wakil parti itu memberi tawaran lumayan kepada pegawai Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menurut beliau, tawaran lumayan itu bagi memastikan pendaftaran DAP dibatalkan.

Berikut adalah kenyataan penuh Ponnusamy :

Kami meminta pemimpin-pemimpin DAP menjelaskan tentang kesahihan khabar angin bahawa wakil parti itu bertemu dengan pegawai ROS dan mengemukakan tawaran lumayan untuk memastikan pendaftaran DAP dibatalkan.

Kami tidak membuat sebarang tuduhan, tetapi hanya ingin mendapatkan penjelasan. Kami terkejut apabila mengetahui ada pemimpin DAP mahu pendaftaran parti dibatalkan sedangkan sebahagian besar ahli DAP mendesak parti mengadakan pemilihan semula.

Kami menghargai penjelasan daripada pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

No comments: