Perkahwinan rahsia, baik yang dilakukan secara formal ataupun informal (siri) bukanlah perkara rahsia lagi kerana fenomena ini sudah terjadi sejak dulu lagi. Pada faktanya setiap pasangan yang berkahwin memiliki potensi untuk melakukan hubungan rahsia (affair). Berbagai alasan dikemukan oleh mereka yang melakukannya, namun beberapa orang menganggap fenomena ini membuktikan ketidak-setiaan seseorang terhadap pasangan hidupnya. Dan sebahagiannya pula menganggap perkahwinan rahsia ini merugikan perempuan.
Isteri simpanan ataupun wanita simpanan (mistress) bukanlah hal rahsia, meski menjadi polemik di dalam masyarakat. Dan itu tidak dialami oleh masyarakat awam, bahkan para tokoh masyarakat dan selebriti pun mengalaminya.
Berikut dipaparkan 10 wanita simpanan paling top di Dunia:
1. Marilyn Monroe
Aroma affair itu terhidu ketika Marilyn menghadiri majlis ulang tahun JFK yang berlangsung di Palm Spring. Bahkan tidak terlihat batang hidung Jacqueline Kennedy Onassis (isteri JKF) di samping JFK yang sedang merayakan ulang tahunnya. Beberapa orang mengatakan bahawa JFK sengaja tidak mengajak Jaqueline untuk hadir di majlis tersebut demi Marilyn Monroe.
2. Camilla (Duchess of Cornwall)
2. Camilla (Duchess of Cornwall)
Beberapa menganggap bahwa kematian Puteri Diana (Lady Di) adalah konspirasi yang juga melibatkan Camilla Rosemary, kekasih lamanya Putera Charles, namun tidak ada yang tahu konspirasi di belakang puteri kebanggaan masyarakat Inggeris itu. Bahkan tidak sedikit juga masyarakat dunia yang menggelengkan kepala kenapa Charles lebih tertarik dengan Camilla sementara ia memiliki isteri yang cantik dan baik. Meskipun demikian jauh sebelum kematian dan selama menjalani kehidupan berumahtangga dengan Diana, Charles menjadikan Camila sebagai ‘mistress' (kekasih gelap), biarpun rumor telah tersebar.
3. Anne Boleyn
Anne Boleyn dikenal sebagai ‘mistress’ yang dicintai oleh Raja Henry VIII, dan mungkin fenomena ini pula yang menjadikan Kerajaan Inggeris tidak lagi menganut agama Katholik Roma. Meskipun dunia mengenal Raja Henry VIII memiliki begitu ramai perempuan simpanan, namun salah satu alasan Henry VIII memilih bercerai kerana Catherine of Aragon tidak dapat memberinya anak lelaki.
Namun keinginan Henry untuk bercerai dari Catherine dan mengahwini Anne Boleyn ditentang oleh Paus. Untuk itulah Henry VIII kemudian menyingkirkan pengaruh, kekuasaan dan kekuatan Paus dari dataran Inggeris, sehingga membolehkannya bercerai dan berkahwin semula.
Namun perkahwinan antara Henry VIII dengan Anne Boleyn tidak kekal lama, kerana Henry telah memenggal kepala ‘mistress’nya itu kerana telah dikhianati.
4. Gennifer Flowers
Bill Clinton mungkin dikenali sebagai Presiden Amerika Syarikat Abad Ke-20 yang dikhabarkan memiliki hubungan gelap dengan beberapa wanita. Monica Lewinski, Paula Jones hingga Gennifer Flowers. Wanita berambut perang ini mengatakan bahawa ia memiliki hubungan istimewa dengan Clinton dari ketika Clinton menjadi Gabenor Arkansas lagi.
5. Jayne Mansfield
JFK ternyata tidak saja digossipkan memiliki hubungan istimewa dengan Marilyn Monroe saja, ia pun dikhabarkan dekat intim dengan Jayne Mansfield. Aktres yang memiliki gaya penampilan saling tak tumpah seperti Marilyn ini, dengan rambut ikal perang dan glamour. Mungkin JFK sangat mengagumi gadis-gadis tipikal seperti Marilyn.
6. Anne Lundquist
Anne Lundquist dikenal sebagai ‘mistress’ (kekasih gelap) Allan Shackleford. Hubungan gelap mereka akhirnya diketahui oleh isteri Allan yang kemudian menuntut Anne ke muka pengadilan, yang kemudian memutuskan Anne harus membayar kerugian sebesar 9 juta dolar AS kepada bekas isteri Allan. Sementara itu, setiap bulan Allan juga diarahkan membayar sebanyak 5,000 dolar AS kepada bekas isterinya. Untung juga suami ada kekasih gelap.... ha..ha..ha....
7. Alina Kabaeva
Tidak dinafikan kecantikan yang dimiliki oleh gadis Rusia Aline Kabaeva ini bukan sekadar cantik malah juga sangat berprestasi di dalam bidang olahraga. Mungkin itulah yang menjadikan Vladimir Putin, orang nombor satu di Rusia ini jatuh hati kepadanya. Maka tak hairanlah jika tersebar gossip yang menyatakan bahwa di antara keduanya terjalin hubungan istimewa. Bahkan Putin rela curang terhadap isterinya demi gadis berusia 28 tahun itu, bahkan dikatakan telah berkahwin pada 2009 di Italy.
8. Soon-Yi Previn
Soon-Yi Previn adalah puteri kepada Mia Farrow, dan Mia adalah isteri kepada artis Hollywood, Woody Allen. Namun sesuatu yang sangat mengejutkan ialah apabila Woody dikatakan hubungan istimewa dengan Soon-Yi, iaitu anak tirinya ketika masih menjadi suami Mia. Dan hubungan keduanya semakin erat ketika Woody berpisah dengan Mia, sehingga akhirnya Woody (56) berkahwin Soon-Yi (22).
Memiliki kekasih gelap seolah-olah trend kepada pemimpin-pemimpin hebat setempat. Gabenor Kota New York, Elliot Spitzer dikhabarkan mempunyai 'affair' dengan Ashley Dupre ketika isterinya sedang hamil. Ashley adalah seorang gadis penghibur berusia 23 tahun, ketika ini beliau terkenal sebagai kolumnis bidang seks untuk New York Post.
10. Catherine the Great
Sementara itu di zaman Rusia Kuno pun terjadi fenomena kekasih gelap di Istana Rusia. Catherine Agung (the Great) dikabarkan telah menjalin hubungan dengan beberapa lelaki dan beliau melakukannya kerana ingin membalas dendam terhadap suaminya yang terlebi dulu curang terhadapnya dengan memiliki beberapa wanita simpanan. Bahkan akibat terlalu kesal dan sakit hatinya, Catherine sanggup membunuh suaminya. Dan aksi balas dendamnya berakhir pada penyimpangan seksual yang dideritai Catherine. Dikhabarkan Catherine banyak melakukan hubungan intim dengan para lelaki, kemudian menyeksa dan membunuh mereka ketika sedang atau setelah berhubungan......
***Bagi anda yang beragama Islam... adalah lebih baik bernikah dengan prosedur yang betul agar hubungan menjadi halal dan tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari.... wallahu'alam....
***Bagi anda yang beragama Islam... adalah lebih baik bernikah dengan prosedur yang betul agar hubungan menjadi halal dan tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari.... wallahu'alam....
No comments:
Post a Comment