Saturday, 13 April 2013

TAHNIAH ! CHONG WEI DAPAT BABY BOY.....

chong wei selamat timang anak lelaki

KUALA LUMPUR – Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan isterinya, Datin Wong Mew Choo hari ini menyambut kelahiran anak sulung mereka.
Bayi lelaki itu diberi nama Kingston Lee.


Mew Choo dilaporkan melahirkan bayi berkenaan menerusi kaedah Caesarean.
Chong Wei sepatutnya menyertai kejohanan Axiata Cup di ibu negara hujung minggu ini, namun mengambil keputusan untuk berada di sisi isteri dan anaknya.


mStar melaporkan, Mew Choo selamat melahirkan Kingston secara pembedahan pada pukul 1.36 petang di Hospital Gleneagles di Jalan Ampang.

Bayi berkenaan dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.
Chong Wei, yang menemani isterinya sepanjang proses kelahiran menyifatkan ia pengalaman yang ‘sukar untuk dilupakan’.
"Doktor berkata muka saya nampak pucat dan tidak bermaya. Saya gemuruh dan mengigil tetapi Mew Choo nampak tenang,” kata Chong Wei ketika diminat mengulas mengenai pengalamannya menyaksikan kelahiran cahaya mata pertamanya.
"Saya tidak menghiraukan apa yang doktor beritahu saya, tetapi sebaik sahaja saya melihat bayi saya, ia sangat menakjubkan. Saya tidak percaya saya sudah bergelar seorang ayah sekarang!," katanya.
"Mew Choo dalam keadaan yang baik. Sebaliknya, dia nampak berseri dan segar. Dia seorang wanita yang kuat.
"Hari ini, saya akan bersama dengan bayi lelaki saya dan menjaganya. Ya, walau di waktu malam sekalipun,” katanya sambil melemparkan senyuman manis.
Chong Wei, pemenang dua pingat perak Olimpik, berharap Kingston dapat membawa tuah kepadanya untuk memenangi lebih banyak anugerah dan kejuaraan untuk negara.

No comments: