Saturday 13 April 2013

HADI NAFI HARON DIN KELUAR PAS....???


MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan khabar angin kononnya Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din telah keluar Pas.

Beliau sebaliknya menegaskan veteran parti itu akan bertanding di kerusi Parlimen Arau, Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.


Hadi berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rusila, Marang di sini, berhubung khabar angin itu.


Haron Din nafi tinggal Pas, tanding di Arau

Sementara itu di KANGAR - Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din malam tadi menafikan khabar angin kononnya beliau telah keluar daripada Pas.

Haron yang kecewa dengan khabar angin itu, berkata beliau masih tetap bersama perjuangan Pas.

Beliau yang bakal bertanding kerusi Parlimen Arau, di Perlis atas tiket Pas pada pilihan raya umum ke-13 ini menyifatkan khabar angin itu sebagai fitnah untuk melemahkan parti itu.

Haron berkata demikian semasa berceramah di Kampung Long Boh, Tambun Tulang di sini...    sumber

***Dalam artikel sebelum ini.... di sini.... teman cuma sekadar bertanya (rujuk tajuk)... Mohon maaf jika ada pihak yang kurang senang.... (lihat penafian di bawah heading blog)... Terima kasih....

No comments: