Wednesday, 17 April 2013

NIK AZIZ KIBAR 'BENDERA PUTIH'....???



Blog pakatan pembangkang seakan mengesahkan yang Nik Aziz tak akan bertanding pada PRU13 kali ini. Alasanya dah tua. Bab tua tak payahlah disebut, umum dah tahu yang beliau memang dah tua. Atau pun tua dan jatuh semasa ceramah di Batu Pahat hanya sandiwara Nik Aziz meraih simpati. 

Naluri penulis kuat mengatakan yang Nik Aziz jatuh adalah sandiwara. Bukan senang nak minta didukung dah tua-tua ni beb.

Apa pun baguslah kalau dia tak nak bertanding. Bagi peluang yang muda-muda dan lebih jahil memimpin Pas. Nik Aziz masih tak cukup jahil dan ganas menerajui sebuah parti Islam.

Kita pasti merindui keceluparan Nik Aziz selepas dia bersara. Setakat ini belum ada lagi tokoh yang secelupar Nik Aziz. Jadi nasihat kepada pelapis-pelapis Pas, belajar-belajarlah dengan Nik Aziz sementara hayatnya masih ada.


RESPON rakyat di bawah terhadap tahap kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat lanjutan dari penyebaran gambar beliau terpaksa diusung seorang pengikut PAS Ahad lepas, ternyata agak mencemaskan.

Apa pun alasan yang digunakan untuk mempertahankan Nik Aziz di alam siber ini, ternyata kurang memberi kesan di alam nyata.  Keadaan Nik Aziz itu dengan mudah ditafsirkan sebagai satu ‘lambang’ ketidakupayaan yang jelas dan sudah ada gesaan supaya PAS memberi ruang kepada pemimpin berusia 82 tahun itu lebih masa berehat.

Orang nampak, PAS yang terlalu mendesak Nik Aziz untuk berkempen bagi parti tersebut di seluruh negara sekarang, disebalik tahap kesihatan Nik Aziz yang ‘semakin merosot’.  Kalau tidak merosot sekalipun, orang pada usia Nik Aziz sepatutnya perlu lebih banyak berehat bukan diarak kesana ke mari berkempen.

Sumber memaklumkan laman ini, lanjutan dari kejadian itu, Nik Aziz sedang menimbang dengan serius untuk tidak bertanding dalam pilihanraya umum yang akan datang setelah didesak ahli keluarganya.

Malah PAS sendiri dilaporkan telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi untuk mempertimbangkan kemumgkinan itu dan sudah ada cadangan agar tempatnya di DUN Melur digantikan oleh salah seorang dari anak lelakinya sekarang, sama ada Nik Abduh atau Nik Adli.

Bagaimanapun semuanya bergantung pada hari penamaan calon pada 20hb nanti.

Laman ini menjangkakan perubahan besar dalam senario politik negara dan PAS sendiri kalau benar Nik Aziz menarik diri dari bertanding atas masalah kesihatan.

Masalahnya bukan sangat tentang tahap kesihatan beliau yang di dakwa semakin merosot, tapi lebih kepada persepsi rakyat terhadap keupayaan PAS untuk kekal relevan selepas ini tanpa Nik Aziz sebagai pemimpin utama.

Umum tahu Nik Aziz adalah sempadan kepada PAS sebagai entiti tunggal dan PAS sebagai satu komponen di dalam Pakatan Rakyat bersama-sama DAP & PKR.  Tanpa Nik Aziz, Pakatan Rakyat tidak mampu kekal sebagai satu komponen 3 parti politik pembangkang yang mampu menyaingi BN/UMNO.

Bukan rahsia, majoriti pemimpin dan penyokong PAS mahu parti itu kembali kepada keadaan asalnya sebelum 2008.  Hanya Nik Aziz yang berjaya menahan perkara tersebut dari berlaku.

Kalau Nik Aziz tetap dengan pendirian untuk berundur, entahla, sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber: suarapakatanrakyat.com Nik Aziz Tarik Diri

No comments: