Tuesday 23 April 2013

HADI DIGESA DEDAH NAMA CALON PKR #PRU13 JUAL PIL KUDA .... ADA BERANI?


Pemuda Umno Terengganu menggesa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan nama calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menjadi pengedar dadah.
Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata dakwaan yang dibuat Abdul Hadi dalam ceramah di Marang pada Ahad itu sangat serius kerana mengedar dadah merupakan satu kesalahan jenayah.
“Kita gesa Abdul Hadi membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan,” kata Saiful Bahari, selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kuala Terengganu di Kuala Terengganu pada Selasa.
Saiful berkata isu berkenaan juga akan membuka mata pengundi dan beliau menggesa mereka mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum kali ini. - mStar


1 comment:

Bingai @ Bangang said...

dia kena dedahkan nama saksi pemberi maklumat tu dulu. 4 orang saksi kan? kalau tidak tak kan berani dia cakap.

Aku Yang Bingai:
PRU13 - Ibrahim Ali dan Nallakarupan Korban Prinsip? di TendangTerajang