Wednesday 24 April 2013

AMALKAN POLITIK TAKFIR....PAS WAJIB DISINGKIRKAN DARI PRU13...???



Saya yakin, dengan keputusan tiga Muktamar Tahunan PAS – di Ipoh, Shah Alam dan Kota Bharu tidak lama dulu – PAS tidak akan berjuang bersendirian, bahkan akan terus bersama Pakatan Rakyat…….(HARAKAH ONLINE – 8 NOVEMBER 2010)

Kerana ketaksuban didalam politik mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat ke Putrajaya , Mereka lupa bahawa ada perkara yang lebih penting lagi didalam politik yang semestinya  MESTI didahulukan iaitu Perpaduan sesama Islam. Mereka lupa bahawa  Islam  yang berbangsa Melayu adalah sebahagian daripada tuntutan  silatulrahim yang  harus dijaga sepanjang hayat.
Politik  yang menghalalkan cara telah merubah segala lanskap politik Pas, Jika dahulu kita melihat PAS begitu kosisten didalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan Hudud, Negara Islam sebagai teras perjuangan yang tiada galang gantinya lagi.
Setelah berlaku kecelaruan ideologi semenjak berkawan dengan si kafir harbi DAP, Pas kian melupakan agenda yang amat suci untuk dijadikan landasan perjuangan  yang mana selama ini menjadi tiang seri didalam perjuangan mereka.
Akibat daripada sokongan yang tiada berbelah bagi ini lah yang telah menyebabkan  DAP  telah “naik tocang”  sehinggakan banyak isu berkaitan dengan agama telah dipertikaikan  tanpa  merasa hormat tentang sensitiviti kepada orang Melayu umumnya.

lampiran48

Apabila ini terjadi dan berlaku, teguran daripada satu pihak yang lain untuk membetulkan tindakan saalah yang dilakukan akan berakhir dengan pelbagai fatwa untuk menghalalkannya. Sudah pasti akhirnya UMNO akan dijadikan  sasaran untuk melindungi kesalahan yang telah mereka lakukan.
UMNO akan diperslahakan kerana memperjuangkan hak hak orang Mel;ayu sahaja, tidak seperti mereka sebagaimana didakwa  akan terus memperjuangkan hak hak kesamrataan terhadap semua bangsa. Ini dapat dibuktikan bagaimana mereka PAS tidak pernah melakukan bvantahan apa juga  kritikan yang dilakukan  oleh DAP sehingga kan  tuntutan IFC juga  , mereka tetap diam.
Di suatu sudut yang lain mereka seolah olah lupa bahawa majoriti penduduk didalam negara ini adalah  bangsa Melayu yang beragama Islam.  Mereka beranggapan terlalu besar dosa UMNO  yang meperjuangkan  hak hak Melayu Islam didalam negara ini untuk memastikan bahawa Islam dan Melayu berada dipuncak yang sepatutnya tanpa ada satu pun pertikaian mengenainya.
Dengan berbekalkan sokongan yang diberikan oleh PAS  kepada DAP, kuasa sokongan ini telah digunakan sebaiknya untuk melrmahkan Umat Islam  didalam negara ini dengan melakukan pelbagai isu termasuk Kalimah Allah, Isu Azan , Isu kesamaratan, Isu ketuanan Melayu dan banyak lagi isu yang amat sensitif dimainkan tanpa ada teguran dari PAS.
Didalam perlembagaan Malaysia , Melayu ditakrifkan sebagai satu bangsa yang beragama Islam  berbahasa Melayu, Ini amat jelas di wartakan didalam Perkara 152, 153 dan Perkara 3 didalam perlembagaan negara. Melayu didalam perlembagaan negara ini secara automatiknya  membawa maksud beragama Islam.

19424_398101840281514_396736068_n

Pendapat ini amat berbeza sebagaimana yang diperkatakan oleh PAS, mereka membawa maksud bahawa Melayu dan Islam itu didalam negara ini adalah berbeza, Akibat daripada itu PAS dengan sewenangnya  memperdagangkan Agama Islam demi menjaga  hati sahabt harbi mereka iaitu DAP.
Perkara ini dapat dilihat suatu ketika dulu dimana teguran yang telah dibuat oleh Mufti Besar Perak menjadi satau bebanan dan pelbagai fitnah dilemparkan kepada  beliau untuk menghalalkan tindakan mereka didalam mempertahankan DAP. Makian dan gelaran juga dihamburkan kepada saorang yang bertaraf Mufti. Semua ini adalah kerana DAP.
PAS didalam usahanya itu, sanggup mengambil sebahagian daripada cerita Nabi Nabi , mengambil sebahagian dari ayat Al Quran ( bukan sepenuhnya)  untuk menghalalkan nafsu serakah mereka untuk melindungi DAP dan mempertahankan dengan apa yang mereka lakukan.
Ketaksuban melampau yang telah di patrikan didalam sanubari mereka bersama DAP yang nyata menolak Islam secara jelas, mereka sanggup memekakkan telinga, membutakan mata hati mereka demi keserasian pernikahan mutaah bersama DAP. Kelukaan hati umat Islam yang lain adalah persoalan  terakhir, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjaga pasangan Mutaah mereka dalam apa cara sekali pun.
Rasa hormat sesam Islam dan sebagai manusia telah lama mereka buangkan jauh jauh, mereka kini sedang menolak jemaah islam yang besar didalam negara ini dan mendewakan si kafir harbi se4bagai tuan  po9litik mereka yang amat terhebat.
Disini kita akan dapat melihat  persoalan yang timbul, Apabila berlakunya  pernikahan mutaah diantara PAS dan DAP , apakah mereka beranggapan DAP redha dengan agenda Islam yang dibawa oleh PAS , walaupun pada dasarnya penentangan secara terangan telah pun diucapkan dengan bahasa yang cukup mufdah difahami.
Akan tetapi PAS tetap juga mennyatakan bahawa DAP  telah bersama mereka memuliakan Islam. Sehinggakan satu ketika dimana  kalimah kalimah suci didalam Al-Quran di terjemahkan mengikut nafsu serakah mereka tanpa ada penentangan oleh PAS.Disini kita melihat berlakunya kecelaruan  yang ditakrifkan sebgaia mencari kebenaran dilorong yang hitam, malah kehitaman tersebut telah dihitamkan lagi oleh DAP.
PAS hari ini terus menerus menolak pelawaan berulang kali daripada UMNO untuk bersama sama didalam satu jemaah bagi menguatkan jemaah islam dibawah satu payung. Malahan pelawaan tersebut telah dimomokam serbagai sebuah kapal yang hampir karam dan akan terus berusaha dengan sendiri untuk menjadikan sebahagian besar UMNO kepada pengikut PAS.

lampiran30

Isu kafir mengkafir, Ianya adalah satu isu dimana sebelum wujudnya lagi  Amanat hadi, ianya berlaku dimana  pada tahun 1963  dan Amanat Haji Hadi yang disampaikannya menerusi satu ceramah di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Sebenarnya, perbuatan kafir mengkafir oleh ahli-ahli Pas telah tersebar kira-kira dua dekad sebelum Abdul Hadi memberikan amanatnya. Amanat beliau itu merupakan kesinambungan dasar perjuangan Pas yang terdahulu.
Sama seperti Amanat Haji Hadi, isu kafir mengkafir sekitar tahun 1960-an dikaitkan dengan taktik perjuangan Pas untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh politik. Realpolitiknya ialah untuk mengalahkan UMNO.
Gelombang naluri politik pantai timur yang ditiup oleh Pas mulai dirasai pada peringkat awa kemerdekaan, malah boleh dikatakan ia bermula sejak Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya diberi kuasa untuk melaksanakan pemerintahan sendiri oleh penjajah British pada 1955. Suasana berpolitik di pantai timur lebih-lebih lagi di Kelantan dilihat mempunyai haluan atau taktik sendiri. Cara mereka adalah dengan memainkan sentimen agama Islam untuk mencari pengaruh.
Semasa menghadapi Pilihan Raya Umum 1955, UMNO menerima sokongan penuh daripada orang Melayu termasuk di Kelantan. Apabila gelombang naluri politik pantai timur mula bertiup, UMNO mula berpecah kepada dua puak.
Satu puak mahu UMNO mengekalkan identitinya manakala puak yang lain mahu melihat UMNO bersifat lebih Islamik. Golongan kedua akhirnya keluar dari UMNO dan menubuhkan Pas.

Bagaimanapun, pada peringkat awal Pas memerintah Kelantan, isu kafir mengkafir belum lagi ditonjolkan. Pas sendiri pada masa itu masih belum membuang imej nasionalis walaupun matlamatnya adalah untuk menegakkan negara Islam. Sangat berbeza dengan Pas sekarang di bawah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tindakan kafir mengkafir sesama Islam yang dilakukan oleh Pas mula dikesan di Kelantan sejak 1963. Situasi itu berlanjutan sehingga Pilihan Raya Umum Kedua pada 1964. Tindakan itu digunakan oleh Pas untuk melemahkan sokongan rakyat Kelantan kepada UMNO dalam pilihan raya umum tersebut. Perbuatan kafir mengkafir juga telah memecahbelahkan kedudukan Melayu Islam di seluruh negara secara umum dan di Kelantan secara khusus serta mengancam ketenteraman awam dan keselamatan dalam negeri.Bagi memahami latar belakang di sebalik tindakan kafir-mengkafir, kita perlu melihat kepada sejarah penubuhan Dewan Ulama Pas Kelantan pada 1963. Badan itu diwujudkan bagi menjayakan matlamat Pas memenangi Pilihan Raya Umum Kedua. Badan tersebut juga sepatutnya bebas namun diletakkan di bawah sebuah jawatankuasa kerja Pas Kelantan. Dewan Ulama Pas Kelantan mempunyai tiga fungsi utama:
1. Bertanggungjawab membuat kajian mengenai ajaran Islam untuk tujuan-tujuan politik dan kepentingan parti;
2. Menjadi kuasa mengeluarkan fatwa-fatwa untuk disampaikan kepada rakyat di Kelantan khususnya dan di seluruh negara umumnya;
3. Dewan ini juga bertanggungjawab menyebarkan fatwa kepada rakyat dengan kerjasama guru-guru agama di Kelantan yang juga ahli-ahli Pas.
Setelah tertubuhnya Dewan Ulama Pas Kelantan, beberapa mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara selain mengeluarkan beberapa ketetapan yang didakwa oleh mereka sebagai hukum atau fatwa.Dalam satu mesyuarat yang diadakan di kediaman Menteri Besar Kelantan pada Ogos 1963 di Kota Bharu, Dewan Ulama Pas Kelantan telah membuat keputusan untuk mengeluarkan hukum-hukum serta fatwa-fatwa berikut:
1. Orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram;
2. Sesiapa yang mengundi di atas parti-parti yang berkongsi ini maka dia menjadi haram juga. Jika mengundi dengan reda dan penuh kesedaran maka dia menjadi kafir tetapi jika tidak reda atau dipaksa, haram sahaja.
Dewan Ulama Pas Kelantan seolah-olah telah mengetepikan Majlis Fatwa Negeri Kelantan dan tidak mempercayai ulama-ulama lain di negeri itu apabila mereka mengeluarkan dua fatwa berkenaan.
Begini lah sebahagian daripada  tingkah laku pas yang mana lebih memecah belahkan  islam daripada melakukan penyatuan, Apakah kita tidak mampu lagi berfikir bahawa penyatuan itu lebih pentying berbandingkan politik. Jika kita amati ayat dibwah ini kita secara jelas memahami bahawa perpaduan didalam Islam adalah tuntutan utama.
AI-Quran memperakui persaudaraan sejagat di kalangan penganut lslam. “Sesungguhnya orang-orang mukmim itu adalah bersaudara.”. (Surah AI-Hujurat, ayat 10).
Seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa dan sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana kerosakan hubungan di kalangan umat Islam boleh membinasakan.”
Ini tidak menghairankan kerana Rasulullah S.A.W amat mementingkan perpaduan di kalangan umatnya dan melarang perpecahan di dalam banyak Hadis-hadisnya seperti: “Jemaah itu adalah rahmat dan perpaduan itu adalah azab, sesiapa yang memecahkan perpaduan, maka ia bukanlah dari golongan kita.” “Pertolongan Allah adalah berada bersama jemaah (kumpulan terbesar)”, “Janganlah kamu bersengketa; kerana umat sebelum kamu telah bersengketa lalu mereka binasa.”

Kalau perpecahan umat boleh menjejaskan perlaksanaan syariat yang sedang berkuatkuasa dalam sebuah negara yang kekuasaan seluruhnya berada di tangan umat Islam, maka bagaimana pula halnya dalam negara yang mewarisi sistem penjajahan sejak ratusan tahun dalam mana syariat tidak dijalankan disamping penjajahan pemikiran dan kekuasaan pula berbelah bagi antara Islam dan bukan Islam ? Jawapannya sudah tentu bahawa  dalam suasana begini perpaduan amat lebih diperlukan.

Dalam rangka mewujudkan perpaduan umat, barangkali kata-kata hikmat daripada Saidina Hasan bin Ali R.A ketika menyeru pengikut-pengikutnya bersatu di bawah kepimpinan Muawiyah, boleh dijadikan bahan renungan : “Sesungguhnya apa yang kamu sekelian tidak suka dalam berjemaah (bersatu) adalah lebih baik dari apa yang kamu suka dalam berpecah.”


SUMBER

No comments: