Monday, 11 March 2013

EDITOR KEADILAN DAILY SAHKAN KENYATAAN TIAN CHUA BENAR TETAPI SALAHKAN BLOGGER PULAK....!!!!!

FADZALLAH Pit (kiri) dan Aisha Geoffrey

Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah benar.

Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut.




Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para blogger sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca.

"Laporan Tian Chua betul tetapi telah dimanipulasi blogger-blogger sehingga memberi gambaran pembacaan yang berbeza.

Apa yang talah tafsir..? Ayatnya begitu JELAS, tafsiran bloggers dibuat berdasarkan apa yang ditulis. Jika ada point2 penting yang TIDAK DITULIS dalam artikel tersebut yang mampu mengubah tafsiran, jangan salahkan orang lain pula - 

No comments: