Monday, 11 March 2013

ANWAR - NUR MISUARI..... SENADA SEIRAMA


Tengah hari ini, Mymassa sekali lagi menyiarkan sekeping gambar mesra antara Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari. Gambar ketiga yang didedah group Mymassa ini menampakkan kemesraan yang luar biasa, pelukan mesra, sehati dan sejiwa, "aku jatuh TPM kau pun jatuh Gabenor Mindanao". Kita sama-sama jatuh, kata hati mereka.

Anwar jatuh kerana Rasuah dan Perempuan, Nur Misuari pun jatuh kerana Rasuah dan Perempuan kata Kerajaan Filipina yang memecat Nur Misuari tempoh hari. 
Anwar nak jatuhkan Kerajaan Malaysia, Nur Misuari nak jatuhkan Kerajaan Auotonomi MILF di Selatan Filipina.

Anwar kata "semua agama sama kerana mempunyai Tuhan yang satu"...Nur Misuari pula dalam FBnya menyatakan hal yang serupa. Dua-dua Pluralist Agama Islam.

Sebelum itu, Kerajaan Filipina sangat yakin agensi perisikan mereka berjaya mengesan penglibatan Ketua Pembangkang di Malaysia (ianya merujuk kepada Anwar) dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Kemampuan pengganas membeli beberapa buah rumah di atas air di Semporna, membeli rokok dengan harga sekotak RM50.00, mengubah suai enjin bot berkapasiti rendah kepada enjin berkapasiti lori, penggunaan pakaian tentera termasuk but jenama asing di Barat, keupayaan memiliki senjata moden dan penggunaan sistem jamming di medan perang memberi gambaran ada seseorang memberi dana.

Kehadiran Nur Misuari ke kediaman Jamalul Kiram III di Tausuq City minggu lalu menunjukkan sokongan yang besar kepada pasukan penceroboh di Lahad Datu.

Keakbaran Anwar dan Nur Misuari, khususnya menjelang PRU13 di Malaysia merupakan satu modus operandi yang sulit di antara mereka berdua. Ianya melibatkan wang yang banyak, khidmat perundingan dan win-win situation antara kedua-dua personaliti pembangkang ini.

Pertanyaan Mymassa yang berikutnya, apa Chegu Bard buat di Kota Kinabalu pada Hari Sabtu, 09/3/2013 baru-baru ini. Dengan ditemani 3 orang bodyguard dan membawa beg hitam besar, apakah orang Harapan Anwar ini sedang mengkoordinasikan dan menyampaikan pesanan penting kepada orang perantaraan mereka? Risikan kami masih menyiasat? Anda hendak hasilnya sekarang kah?

Akan datang, kami akan dedahkan pula Tian Chua di Filipina. Anda nak sekarang kah? atau masih boleh menunggu...
 

No comments: