Friday 15 March 2013

ANWAR MUNGKIR JANJI RM700,000 PUNCA P.BALA SAKIT JANTUNG DAN MENINGGAL...???


KUALA LUMPUR, 15 Mac — Penyiasat persendirian P. Balasubramaniam meninggal dunia hari ini kerana masalah jantung, beberapa minggu selepas pulang ke tanah air selepas lama menetap di luar negara dan telah mendedahkan kononnya "perkara sebenar" berkaitan dengan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada Februari lalu di  Chinese Assembly Hall's. Walau bagaimanapun, pendedahan itu hanyalah cerita mulut tanpa disetakan sebarang bukti yang boleh menyakinkan kita semua.

Peguam beliau Americk Singh Sidhu mengesahkan kematian PI Bala apabila dihubungi oleh The Malaysian Insiderpada pukul 2.50 petang hari ini. “Beliau meninggal lebih kurang 45 minit lalu,” kata Americk


Americk mengesahkan Balasubramaniam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital selama seminggu dari 3 Mac, tetapi “pulang ke rumah untuk berehat”.

Beliau mengatakan telah bercakap dengan Balasubramaniam beberapa hari lalu dan anak guamnya itu kedengaran dalam keadaan baik.

Kaitan Dengan Anwar Untuk Bayar PI Bala RM700,000

Sungguhpun kematian PI Bala dikaitkan dengan masalah jantung tetapi terdapat suara-suara yang bertanya adakah mungkin kematian ini ada kaitan dengan wang RM700,000 yang dijanjikan oleh Anwar kepada PI Bala yang telah ditipu oleh peguam yang bertanggungjawab menyalurkan wang pemberian Anwar kepada PI Bala.

Beberapa hari lalu, blog Raja Petra Kamarudin telah mendedahkan bagaimana PI Bala telah ditipu oleh Anwar yang menjanjikan untuk membayar RM700,000 kepada beliau atas Akuan Sumpah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya. Perkara ini diceritakan oleh peniaga karpet Deepak Jaikishnan dalam kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada Julai 2008, Raja Petra menyatakan PI Bala telah diperkenalkan kepada peguam R Sivarasa dan Americk Sidhu. Sivarasa kemudian telah mengaturkan pertemuan antara PI Bala dan Anwar bagi membincangkan berkenaan Akuan Sumpah untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Pada pertemuan itu, Anwar telah berjanji untuk memberi RM700,000 kepada PI Bala jika beliau bersetuju membuat akuan sumpah.

Anwar telah bersetuju agar pembayaran sebanyak RM700,000 itu dibayar melalui peguam dan bayaran dibuat dalam dua peringkat. Peringkat pertama RM200,000 dibayar terus dan Peringkat kedua sebanyak RM500,000 dibayar selepas sidang akhbar.

Pada 1 Julai 2008, PI Bala telah membuat Akuan Sumpah dan diikuti dengan sidang media pada 3 Julai 2008 yang diuruskan oleh Anwar dan peguam beliau di ibu pejabat PKR. 

Tetapi malangnya, selepas sidang media PI Bala hanya dibayar RM100,000 oleh peguam tersebut walaupun peguam itu telah menerima RM200,000 daripada Anwar. Peguam itu menyatakan Anwar mengarahkan agar baki bayaran dibuar selepas beberapa hari. Sebenarnya baki RM500,000 telah diambil oleh peguam tanpa pengetahuan PI Bala.

PI Bala telah cuba menghubungi Anwar melalui peguam Americk dan beberapa orang yang beliau kenal dalam PKR termasuk Sivarasa. PI Bala menyatakan Anwar tidak pernah memberi maklum balas kepada beliau berkenaan wang itu kerana beranggapan kesemua RM700,000 telah dilunaskan.

PI Bala akhirnya mengetahui bahawa peguam itu telah menipu beliau, lalu menghubungi Deepak [Jaikishan] melalui kawannya Suresh dan telah diminta berjumpa Deepak. 

Apa yang menimbulkan tanda tanya ialah adakah telah berlaku sesuatu antara PI Bala dengan peguam itu setelah beliau tahu tentang penipuan wang yang dijanjikan?

Atau adakah PI Bala telah menuntut kembali baki RM600,000 daripada Anwar memandangkan perjanjian adalah antara Anwar dan PI Bala? Jika beliau menuntut wang dengan Anwar, adakah telah menimbulkan kemarahan Anwar yang pada masa ini sedang sibuk menangani penglibatan beliau dalam pencerobohan di Lahad Datu.

Sungguhpun kematian PI Bala berlaku di rumah beliau tetapi terdapat pelbagai kemungkinan boleh berlaku.  

Kematian PI Bala Meragukan..Ada Kesan Lebam pada Leher Bala 

Blog The Flying Kick pula melaporkan sama ada ianya disebabkan TEORI KONSPIRASI sepertimana yang cuba dikarang dan dipopularkan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, atau kerana mautnya datang sebagai hikmah di atas pembohongan dan pendustaannya demi mendapatkan duit, atau sebagai pengajaran dan petunjuk kepada manusia yang mahu mencari kebenaran dalam hal ini, Balasubramaniam a/l Perumal telah membawa segala rahsianya ke liang lahad. Dia tidak boleh lagi berceramah, berbohong, menipu dan mereka-reka cerita. Dia juga tidak boleh lagi disoalsiasat, disaman mahupun digertak. Bahkan dia juga tidak dapat melarikan diri ke luar negara sepertimana yang dilakukannya selepas mengeluarkan Akuan Bersumpah kedua dahulu. 

 

NAMUN ADA SESUATU YANG SANGAT MENARIK TENTANG KEMATIANNYA!!! 

 BALASUBRAMANIAM DIKATAKAN TIDAK BERSETUJU DAN TIDAK MAHU MENERUSKAN CERITA-CERITA FITNAHNYA TERHADAP PERDANA MENTERI DAN ISTERINYA. BAGAIMANAPUN, DESAKAN DARIPADA ANWAR IBRAHIM SERTA TEKANAN DARIPADA KONCO-KONCO ANWAR IBRAHIM, MEMBUATKAN BALA TERPAKSA MENERUSKAN LAKONAN DAN SIRI PEMBOHONGAN BERKENAAN. 

 TEKANAN ITULAH YANG MEMBUATKAN BALA BERADA DALAM KEADAAN STRESS DAN TIDAK TENANG. PENYAKIT JANTUNG DAN TEKANAN DARAH TINGGINYA PULA BEGITU MEMUNCAK APABILA DIA SUDAH TERDENGAR TENTANG KORBAN YANG PERLU DILAKUKAN DEMI UNTUK MENARIK SIMPATI MASYARAKAT. 

 BALA DIKATAKAN SANGAT SEDAR, DIA MERUPAKAN LIABILITI TERBESAR DALAM PKR. DIA TERHUTANG BUDI DAN TELAH MENDAPAT BANYAK LABA DARIPADA PERBUATANNYA. DIA TIDAK BOLEH LARI DAN TERPAKSA MENERUSKAN SIRI LAKONAN WALAUPUN DI LUAR KEHENDAKNYA. 

 SUMBER DALAMAN MEMBERITAHU, BEBERAPA HARI SELEPAS DIA KELUAR DARI PUSAT PERUBATAN SUBANG AKIBAT SERANGAN JANTUNG PADA 5 MAC, DIA TELAH BERTENGKAR DENGAN BEBERAPA ORANG KONCO ANWAR IBRAHIM YANG MAHU MEMAKSANYA MENERUSKAN KERJA-KERJA JAHAT MENFITNAH NAJIB DAN ROSMAH. 

CHEGU BARD DAN R.SIVARASA RASAIAH DIKAITKAN DENGAN INSIDEN BERKENAAN! 


 
BAGAIMANAPUN, SUMBER TIDAK MENJELASKAN TENTANG BUTIR PERBINCANGAN ANTARA CHEGU BARD DAN R.SIVARASA DENGAN BALASUBRAMANIAM. YANG PASTI, MENURUTNYA ADA PERTENGKARAN YANG DIDENGAR DAN ADA NADA MENGANCAM TERHADAP BALA! 

 bARANGKALI JUGA, KERANA ITULAH KUT TERDAPAT KESAN LEBAM PADA LEHER MAYAT BALA? 

DAH MACAM CERITA TEOH BENG HOCK DAN SEORANG AHLI MAJLIS KAJANG YANG JUGA MERUPAKAN PEMIMPIN DAP LER PLAK YANG KEMUDIAN DIALIHKAN KESALAHAN TERSEBUT KEPADA PDRM DAN SPRM SERTA UMNO-BN. APAKAH KALI INI, UMNO-BN AKAN DIPALITKAN DENGAN KESALAHAN YANG SERUPA SEKALIPUN SEMUA ORANG TAHU, BALASUBRAMANIAM A/L PERUMAL BERADA DALAM JAGAAN PKR SEPANJANG MASA? 
 

SEHINGGA SETAKAT INI, PUNCA KEMATIAN BALASUBRAMANIAM ADALAH SERANGAN JANTUNG!

KREDIT TO : CG

No comments: