Thursday, 28 March 2013

ANWAR LAHIRKAN GERILA MENENTANG KERAJAAN BN DI MARKAS UTAN KAYU...???


Pengkhianatan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah apabila Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan ‘gerila’ sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai rakan ‘seperguruan’ dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan ‘gerila’ buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai.

Malaysia Harini difahamkan bahawa Anwar mengarahkan anak didiknya mengaburi mata barisan muda, kebanyakan mahasiswa meraih pengalaman menerusi kursus yang dianjurkan beliau di Komunitas Utan Kayu selama enam bulan hingga setahun.

Modus Operandi Anwar adalah membawa masuk barisan muda itu dan memastikan mereka belajar selok-belok cara berkomunikasi, berucap, berdebat, menulis, berdepan masyarakat dan pelbagai lagi skop untuk diperlajari supaya mudah menjadi ‘perisik’ atau ‘agen’ apabila diterima bertugas di perkhidmatan awam.

“Sebab itu, tidak pelik mengapa banyak sangat rahsia kerajaan diperolehi dengan mudah oleh Anwar. Dikatakan ada sebilangan besar kakitangan awam pernah mendapat didikan di Utan Kayu. Semua ini dibuat untuk kepentingan Anwar.

“Mungkin di Utan Kayu, cara pengendaliannya adalah untuk membawa masuk perkara baru dalam minda barisan muda yang sentiasa mahu memberontak dan tidak puas hati.

“Mungkin di sana, ia adalah amalan biasa tetapi Anwar ada agenda sendiri dan jadikan Komunitas Utan Kayu ini sebagai medan untuk kepentingan beliau. Sebab itu, putar belit Anwar sentiasa mendapat tempat di hati pemimpin luar negara,” kata sumber kepada Malaysia Harini.

Komunitas Utan Kayu yang berpaksikan kepada kebebasan berfikir dan berinteraksi, iaitu kebudayaan dan pemikiran saling selari dikatakan diwujudkan beberapa wartawan Majalah Tempo, Editor dan Detik serta cendekiawan Indonesia.

Difahamkan, Komunitas berkenaan dipelopori Pengarang Tempo, Goenawan Mohamad; Pengarang Suara Pembaruan, Aristides Katoppo; Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi; wartawan kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya; Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain.

Seiring dengan itu, pemimpin Komunitas Utan Kayu turut menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) sebagai sayap politik. Kegiatannya berupa penerbitan buku politik dan membangungkan jaringan wartawan alternatif.

ISAI juga menyeleggarakan pelbagai latihan bagi mahasiswa bidang komunikasi untuk pergerakan pro-demokrasi. Ketika rejim Presiden Soeharto runtuh dan gerbang kemerdekaan kewartawanan mulai terbuka, ISAI mempraktikkan sebuah Rumah Produksi Berita Radio yang dikenali sebagai Kantor Berita Radio 68H (seperti alamat Komunitas Utan Kayu di Jakarta timur).

Menurut sumber itu lagi, kebanyakan mereka yang mendapat latihan diasuh dengan fahaman liberal, termasuk pelbagai bidang kebudayaan dan keagamaan.

“Ia satu perkara yang dibimbangi mampu menggugat kesejahteraan rakyat negara ini dengan fahaman liberal mereka, terutama Anwar yang amat tegar dalam Islam Liberalnya. Mahu atau tidak kerajaan perlu sekat dan tangani isu ini supaya tidak menular ke Malaysia.

“Boleh dikatakan sudah ramai mahasiswa kita dibawa ke sana untuk menjadi gerila Anwar. Sudah pasti ada yang terpengaruh dan kita lihat bagaimana golongan muda kita di universiti seakan-akan melawan Kerajaan Najib kerana sokongan liberal di bawah Anwar,” katanya.

Sememangnya hubungan antara Goenawan dan Anwar tidak perlu diselindung lagi kerana mereka adalah rakan baik sejak dulu. Pengasas majalah Tempo itu mendapat bantuan khusus daripada The Asia Foundation.

The Asia Foundation itu menjadi musuh nombor satu kumpulan fundamentalis Indonesia, kerana yayasan itu adalah penaja utama Islam Liberal Indonesia. Asia Foundation dikawal Dr Surin Pitsuwan, bekas Menteri Luar Thailand yang juga sahabat Anwar.

Surin Pitsuwan mendapat pendidikan Barat dari Universiti Havard, merupakan muslim Thailand pertama dianggap pro Yahudi sehingga diterima sebagai felo di The Rockeffeler Fellowship Program, Harvard University dan American University, Cairo.

Atas sikap pro Yahudi ini, maka tidak hairan, Surin Pitsuwan dipilih sebagai Ahli Pemegang Amanah The Asia Foundation pada 2003. Di rantau Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, peranan Asia Foundation sangat kontroversi, kerana berusaha memecah-belahkan Islam dengan menaja satu fahaman Islam Pro Barat yang dikenali Islam Liberal.

Di Indonesia, Surin Pitsuwan pilih Goenawan sebagai rakan kongsi, manakala di Malaysia, dia memilih Anwar. Dengan bantuan dana, Goenawan menubuhkan Komunitas Utan Kayu (Pusat Islam Liberal dan LGBT).

Andai kata, kedua-dua tokoh itu tidak mengenali, apakah agenda sebenar Goenawan menjemput Anwar berucap di Komunitas Salihara? Sebab itu hampir sama dengan faktor Goenawan mempelawa Aminah Wadud (tokoh Islam Liberal yang menjadi Imam Solat Jumaat di Amerika Syarikat) berucap di Komunitas itu pada 2009.

Bukan setakat Goenawan memuja Aminah Wadud, malah Anwar juga terpengaruh. Ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau melantik Aminah Wadud menjadi tenaga pensyarah di universiti itu dari 1989 hingga 1993.


Goenawan juga dipilih sebagai ketua kepada perkumpulan Islam Liberal Indonesia yang dikenali sebagai AKKB (Aliansi Kebangsaan untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan) yang menghimpunkan semua tokoh Islam Liberal berlainan fraksi iaitu Allahyarham Gus Dur (bekas Presiden Indonesia), Adnan Buyung Nasution, Syafei Anwar, Musdah Mulia, Azyumardi Azra dan Ulil Abshar Abdalla.

Selain pengasas Majalah Tempo yang menjadi medan untuk mempromosi Islam Liberal Indonesia, Goenawan juga giat mempromosi hak asasi LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) melalui yayasannya, yang dikenali Lontar Foundation dan Tifa Foundation.

Ayu Utami tenaga penggerak Komunitas Salihara adalah aktivis LGBT Indonesia, manakala seorang lagi Tenaga Komunitas Salihara, Mohamad Guntur Romli adalah aktivis penulis Islam Liberal Indonesi yang turut menghalalkan aktiviti LGBT.

Ening Nurjanah salah seorang Pengurus Komunitas Salihara merupakan tulang belakang penganjuran Festival Filem D (Festival Filem Queer atau Festival File Gay Indonesia) yang dilantik sebagai Anggota Dewan Qmunity daripada 2007 sehingga kini.

Musdah Mulia, tokoh yang menghalal aktiviti homoseksual juga merupakan tetamu Kominiti Salihara dan Aminah Wadud juga tokoh tamu Komuniti Salihara. Pada 2011, Komunitas Salihara pernah menjadi tuan rumah kepada Festival Q yang dibantah keras organisasi Islam Indonesia.

Komunitas Salihara juga adalah pusat pembelaan LGBT Indonesia, iaitu tempat pertemuan dan mengadakan perbincangan LGBT bagi memahamkan rakyat Indonesia menerima perlakuan seksual songsang golongan minoriti itu.

Bermakna prinsip kebebasan yang diperjuangkan oleh Komunitas Salihara merangkumi kebebasan beragama (freedom of religion/conscience) seperti yang diperjuangkan Jaringan Islam Liberal (JIL) dengan mengeksploitasi ayat-ayat Al-Quran untuk menghalalkan aktiviti homoseksual dan LGBT.

Oleh itu, tidak menghairankan pada 2006, Goenawan mendapat penghargaan ‘Dan David Prize’ dari Tel Aviv University, Israel. Akhbar Israel, Haaretz melaporkan Goenawan turut diberi hadiah wang AS$250 ribu di atas penghargaan itu

Seorang lagi rakan Anwar di Komunitas Utan Kayu ialah Ulil Absar Abdalla yang diberi tanggungjawab sebagai Koordinator JIL (Jaringan Islam Liberal Indonesia).

Di kalangan golongan intelektual Muslim Liberal Jakarta yang dikenali sebagai ISAI (Institut Studi Arus Informasi), satu NGO yang ddiasaskan oleh Goenawan. Ulil Absar adalah salah seorang staf ISAI.

Kini Ulil Absar mahu mengembangkan racun Islam Liberal di Indonesia pada 2001, dia mendapat sokonmgan penuh daripada Goenawan. Teater Utan Kayu, Jakarta, milik Goenawan menjadi markaz Ulil dan kumpulan Islam Liberalnya berdiskusi.

Pendek kata, kejayaan Ulil bergantung 100 peratus kepada sokongan padu Goenawan, tanpa Goenawan, Ulil Absar dan JIL tidak berjaya mengembangkan racun Islam Liberal seperti hari ini.
Buat masa ini, Ulil Absar adalah Pengararh ICRP (Indonesian Conference on Religion and Peace) sebuah yayasan pluralisme Indonesia ynag ditaja oleh The Asia Foundation. Dia juga menjadi Pengarah Freedom Institute, Jakarta, satu daripada cabang organisasi yang berpengkalan di Amerika Syarikat untuk memperjuangkan kebebasan dalam Islam.

Oleh itu, menurut sumber, apa yang dipraktikkan Anwar bersama rakan-rakannya di Indonesia adalah satu perkara yang perlu ditangani segera kerana sudah ramai mahasiswa dan barisan muda negara diberi pendedahan yang amat buruk untuk kerajaan pimpinan Najib.

Justeru, Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau perjalanan keluar masuk mahasiswa ke Indonesia terutamanya mereka yang ingin melawat Utan kayu kerana bimbang itulah agenda yang dibawa Anwar untuk menanamkan sikap benci mereka kepada kerajaan.

“Islam Liberal tidak sesuai di Malaysia apatah lagi perkara yang menjadi intipati Anwar menghalalkan apa yang diharamkan agama Islam yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah perlu disekat.

“Saya memohon KDN pantau pergerakan mereka yang mahu ke Utan Kayu demi memastikan mahasiswa kita tidak terjerat dengan nafsu serakah Anwar,” katanya.

(Petikan diambil dari akhbar Malaysia Harini yang disediakan oleh Razali Yahaya dan Rudysham Abd. Raof pada Edisi: 05 - 11-25 Jun 2012)

No comments: