Thursday, 21 March 2013

8 SUSPEK PENGGANAS SULU DIDAKWA LANCAR PERANG TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG...


PEGUAM Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail diiringi anggota keselamatan menuju ke Balai Polis, Lahad Datu bagi mengikuti pendakwaan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.


ANGGOTA polis mengawal keadaan di Mahkamah Tawau berikutan sebahagian 108 suspek yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA) akan didakwa.

LIHAT JUGA BEBERAPA GAMBAR BERIKUT YANG TEMAN REMBAT DARI BLOG DAN FACEBOOK KENGKAWAN.... mohon diizinkan...



Seramai lapan orang dari selatan Filipina didakwa di Mahkamah Majistret sementara di Lahad Datu pada Rabu kerana mempunyai kaitan dengan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. 


Dua kes itu di bawah Kanun Keseksaan – Seksyen 21 k kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Seksyen 130 KA kerana kegaganasan, ia dibacakan kepada lapan warga Filipina di ibu pejabat polis daerah, di mana mahkamah tersebut didirikan, pada pukul 1 petang.



Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar mengetuai pendakwaan.Keterangan itu dibacakan dalam bahasa Suluk dan Dusun.Kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau.
Terdahulu, kawalan keselamatan ketat di ibu pejabat polis, di mana mahkamah sementara didirikan untuk mendakwa mereka yang disyaki terlibat dalam insiden pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, kira-kira 135 kilometer dari sini sejak 12 Februari lalu.


Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail tiba di Lahad Datu pada tengah hari, manakala para pemberita menunggu di mahkamah sementara berhubung dakwaan yang berkaitan dengan siasatan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Somsa).



Setakat Selasa, sejumlah 107 orang ditahan di bawah Somsa dan 243 orang lagi ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Akta Jabatan Pendaftaran Negara.Kebanyakan mereka ditahan di Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan beberapa bahagian di negeri ini.


Ketika  salah seorang pengganas sulu ditangkap oleh pasukan keselamatan negara......


1 comment:

Unknown said...

Salam tuan mohon share dan mohon pautkan blog saya di bloglist tuan

http://bersatuberubah.blogspot.com/

Demi Agama, Bangsa dan Tanah Air Kita Sokong Najib Razak