Thursday 7 February 2013

PENGORBANAN REMAJA MENJAGA IBU TUBUH BERULAT.....

Foto

SYURGA ITU DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU.....

Sangat menyedihkan apabila seorang remaja lelaki yang baru berusia 14 tahun terpaksa berhenti sekolah demi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi untuk menjaga ibunya yang sakit terlantar dan abangnya yang buta.....


Alor Setar : Akibat terlalu lama terlantar di tempat tidur disebabkan penyakit reput tulang, hidup seorang ibu tunggal cacat penglihatan dan miskin semakin sengsara apabila seluruh tubuhnya kini bernanah manakala tengkuk dan punggung mula berulat.
Rabiah Baser, 56, yang tinggal di Flet Simpang Kuala, di sini, hanya terbaring sejak terjatuh di rumahnya pada November tahun lalu dan dia kini dijaga anak bongsunya, Mohd Ikhlas Yahya, 14.
Lebih menyedihkan, remaja itu juga menguruskan abangnya yang juga buta, Mohd Asyid Abu Bakar, 20, dan beban yang ditanggung memaksanya berhenti sekolah.

Rabiah berkata, kesempitan hidup, kecacatan dan penyakit dialaminya menyebabkan dia tidak mampu bekerja untuk menampung kehidupan serta menguruskan keluarga.
“Saya bernasib baik kerana mempunyai jiran yang menghantar bubur nasi untuk makanan harian dan saya bersyukur kerana anak bongsu sabar serta tabah menjaga saya,” katanya.
sumber : mymetro

*** ADUN dan Ahli Parlimen..... kawasan berkenaan....tak kira lah dari parti mana... mohon alert perkara ini. Pihak JKM juga di harap boleh turun jenguk untuk membantu.....


2 comments:

Unknown said...

Tunggu waktu nk hampir2 pilihanraya.. Nanti,adalah kedua dua parti yu naik rumah dia.. Kempen lah katakan. Dunia dunia.. Kesian keluarga ni..kalaulah aku kaya:-(:-(

Unknown said...

no account bsn 1000541000017355 Muhammad Asyid bin Abu bakar.. sebarang pertanyaan boleh kol di no telefon asyid 0192168430 atau mak saya 0143052414 solehah jiran puan rabiah baser...