Tuesday, 19 February 2013

DAP BERBALAH DENGAN PKR DI JOHOR


Pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya tentang konflik antara DAP dan PKR di Johor yang kini mencetuskan perbalahan terbuka serta boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

 Beliau berkata, DAP memandang berat penegasan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau bahawa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor. Dalam kenyataan di sini semalam, Karpal berkata, siasatan mendalam perlu dilakukan untuk mengenal pasti orang di sebalik 'serangan berbisa secara rahsia' terhadap DAP itu dan 'tangan hitam' di sebaliknya.

 Katanya, penegasan Boo itu tidak boleh diketepikan begitu saja demi kepentingan pakatan pembangkang. "Kredibiliti Chua boleh diragui. Kehadirannya yang begitu lama bersama MCA dan Barisan Nasional serta kegagalannya dalam percubaan untuk menjadi presiden MCA pada 2004 dan keghairahannya untuk mendapatkan kembali kerusi parlimen sudah pasti menimbulkan masalah kredibiliti, yang mungkin mengatasi daya inteleknya.

 "Chua patut menyedari bahawa seorang ahli politik yang meninggalkan 'ibu politiknya' tidak layak dipandang mulia dan dengan penuh kebanggaan. Sekiranya apa yang dilakukan Chua boleh memberi kesan tidak baik kepada pakatan pembangkang, maka perbuatannya perlu disekat, lebih cepat, lebih baik," kata Karpal.

 Sehubungan itu, Karpal menyeru pemimpin utama PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj.


BP  : Tak perlu kata apa-apa....cuma sangat berharap agar.... TERUSKAN SAHAJA PERBALAHAN ITU.......

No comments: