Sebuah asteroid sebesar kolam renang Sukan Olimpik sedang menghampiri bumi pada jarak kira-kira 27,700 kilometer, antara jarak terdekat pernah diramalkan bagi objek bersaiz demikian.
Ia jauh lebih dekat berbanding dengan satelit geosynchronous dari orbit bumi tetapi tidak berdepan dengan risiko perlanggaran.
Asteroid itu mampu dilihat dalam keadaan gelap menggunakan teleskop.
Semalam sebuah meteor dari angkasa terhempas di timur Rusia, mengejutkan ramai dan mencederakan lebih 1,000 orang.
Alan Fitzsimmons dari Universiti Queens Belfast memberitahu BBC, asteroid sebesar kolam renang itu tiada kaitan dengan kejadian yang menimpa Rusia semalam, sebaliknya ia hanya kosmik secara kebetulan muncul.
Asteroid akan mengorbit matahari dalam tempoh 368 hari iaitu tempoh yang sama bagi tahun di bumi tetapi ia tidak akan mengorbit melalui satah yang sama seperti bumi.
Ia bagaimanapun bakal menjunam ke arah timur Lautan Hindi dan boleh disaksikan dari Eropah Timur, Asia dan Australia. Sumber
No comments:
Post a Comment