Thursday 14 February 2013

ANWAR SEDIA DANA RM 2 BILLION UNTUK JADI PM.....???



Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, ramai wajah baru yang dipanggil mengadap Huguan Siou di Tropicana. Wajah-wajah yang tak biasa nampak pun ada. Kata seorang pegawai HQ, ini adalah pemandangan biasa 5 tahun sekali. Akan ada wajah-wajah baru yang dipanggil datang.
Antara yang semakin kerap berada di HQ kebelakangan ini adalah Rahim Ghouse dan beberapa orang budak muda (investment bankers) yang diajak masuk berbincang. Mat saleh pun ada. Tapi jarang-jarang sekali.

Huguan Siou sudahpun memberikan komitmen PERIBADI, bahawa dia sanggup menyediakan DANA KHAS sebanyak RM2 bilion menjelang PRU kali ini. Angka ini nampak tidak banyak. Tetapi sebagai seorang Huguan Siou, dia tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar.
Usaha sedang dilakukan oleh Rahim Ghouse dalam menentukan kaedah kemasukan wang yang paling selamat dan gagal dikesan. Pasaran saham, Bursa Malaysia dijangka dijadikan alat yang paling penting.
Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa. Perhatikan sahaja.
Blog ini boleh namakan beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA, MKN dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan.
RM2 bilion ini akan difaraidkan ke kawasan-kawasan Parlimen/DUN yang dirasakan berpotensi dan boleh menang.
SEMENANJUNG
Fokus Huguan Siou pada ketika ini adalah 50 kerusi Semenanjung yang dirasakan paling mahu diberikan perhatian. 31 kerusi PKR sedia ada; dan 9 kerusi baru 9 kerusi baru yang bakal mendapat dana yang lebih besar adalah seperti berikut:-
1. Bukit Katil (Shamsul Iskandar)
2. Pandan (Rafizi Ramli)
3. Gelang Patah
4. Alor Setar
5. Temerloh (SA?)
6. Sabak Bernam (Dr Aziz Bari)
7. Lumut
8. Ledang
9. Muar.
10 kawasan lain sedang diperhatian secara halus oleh Saifuddin Nasution. Masih dalam kedudukan ragu.
Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Dr Aziz Bari dan Temerloh (?) dikatakan antara kerusi yang dikategorikan sebagai WAJIB MENANG (dan peruntukan yang lebih dijangka akan diberikan kepada bakal calon dan jentera kawasan terbabit). Demikian juga untuk 5 kerusi yang lain. Untuk 9 kawasan ini sahaja, Huguan Siou sanggup allocate sehingga RM8 juta jika diperlukan untuk setiap kawasan Parlimen. Shamsul Iskandar tidak boleh tewas. Rafizi wajib dipastikan kemenangan. Itu arahan khas Huguan Siou.
Untuk 31 kawasan yang sedia ada menang, peruntukan antara RM3 juta setiap kawasan adalah memadai. Dana untuk 31 kawasan PKR lain akan diuruskan secara ‘centralized’ oleh Azmin Ali dan beberapa orang akauntan bertauliah. Makna kata, dalam jagaan Azmin sahaja hampir RM100 juta. Ini dana untuk jentera/bakal calon semata.
SABAH
Peruntukan Huguan Siou yang lebih besar akan dihalakan ke Sabah.
Huguan Siou mahukan peruntukan besar diberikan kepada setiap kawasan Parlimen – tetapi tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan.
1. Penampang
2. Kota Belud
3. Tuaran.
4. Kota Marudu
5. Putatan
6. Libaran
7. Tawau (masih dalam negotiation).
Untuk 7 kawasan ini; RM5 juta dirasakan memadai. RM35 juta untuk 7 kawasan Parlimen di Sabah adalah satu angka yang sangat munasabah kepada Huguan Siou.
SARAWAK
Tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan Parlimen:-
1. Stampin (P196)
2. Miri (P219)
3. Lawas (P222)
4. Selangau (P214)
5. Julau (P209)
6. Saratok (P205)
7. Mambong (P198)
Pada asasnya bersetuju menggunakan kaedah sama di Sabah; RM5 juta untuk setiap kawasan Parlimen yang dinyatakan.
Peruntukan dana pilihanraya kali ini akan dikendalikan dengan cermat dan hati-hati. Tidak mahu ada yang terkesan di atas radar SPR dan agensi keselamatan lain. Akaun-akaun khas sudahpun diwujudkan bagi memastikan semuanya dilakukan secara ‘legal’ dan terperinci. Masih banyak lagi dana yang boleh digunakan.
Kalau menurut laporan semasa, setiap DUN PKR juga akan menerima peruntukan yang besar. Tumpuan, sekali lagi kepada Sabah dan Sarawak.
Dana Khas Huguan Siou ini tidak termasuk dana Selangorku, dana luar dan dana politik Pakatan Rakyat. Ini peruntukan khas Huguan Siou. Bantuan Pilihanraya Huguan Siou (BPHS2013). GA 

No comments: