Wednesday, 27 February 2013

ANDA NAK TAHU...BETAPA KAYANYA PAS....???


1.) ISLAM BENARKAN MENGUMPAT
Kota Bharu, Jumaat - Nik Aziz  berkata mengumpat atau memburukkan orang lain dibenarkan dalam Islam, tetapi hanya di tempat yang sesuai. Walaupun Islam melarang perbuatan itu, ia dibenarkan apabila kita perlu menyuarakan sesuatu yang membara dalam diri kita. Kita tidak boleh menyimpan perasaan dendam itu. (8hb. April 1995)


2.) NIK AZIZ ANGGAP USTAZ UMNO TEROMPAH KAYU
Kota Bharu, Jumaat – Pas menyifatkan tiga calon berpendidikan agama Barisan Nasional di Kelantan sebagai terompah kayu. (15hb. Mei 1995)

3.) NIK AZIZ TERIMA AMALAN MENCARUT
Kota Bharu, selasa – Nik Aziz menyifatkan novel SHIT karta Prof Datok Shahnon Ahmad yang menimbulkan krontroversi kerana mengandungi kata-kata lucah, tidak salah dari segi agama. Menurutnya Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut atau mencaci seseorang jika kena pada tempatnya dan masanya, kerana ia sudah jadi salah satu naluri manusia. (28hb. April 1995)

4.) NIK AZIZ AKUI PAS PERALATKAN AL-QURAN
Pasir Mas, Rabu – Nik Aziz mangaku Pas memperalatkan Al-Quran untuk kepentingan politik bagi manarik rakyat menyokong perjuangan Islam. Dan tidak menjadi kesalahan dari segi agama bagi sesuatu pihak memperalatkan Al-Quran untuk kepentingan politik.(18hb. November 1999)

5.) AHLI PAS BERHAK GUNA BAHASA KASAR – NIK AZIZ
Kota bharu, Nik Aziz berkata ahlinya berhak menggunakan bahasa kasar ketika berceramah sebagai tindak balas pihak yang berbuat demikian terhadapnya. Katanya Islam memang melarang umatnya menggunakan bahasa kasar terhadap seseorang tetapi adakalanya manusia terpaksa berbuat demikian untuk mempertahankan diri. (9hb Jun 2000)

6.) NIK AZIZ TERSILAP CAKAP KETIKA BERCERAMAH
Kota Bharu, Rabu – Nik Aziz hari ini mengakui tersilap ketika berceramah dengan mendakwa mengakui tersilap ketika berceramahg dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai tidak pandai membaca Al-Quran. Apa yang dikatakan sebenarnya ia tidak tahu bahasa arab. (26hb. September 2002)

7.) PAS HENTI MAKI UMNO JIKA HUKUM ISLAM TERLAKSANA
Kota Bharu, Isnin – Nik Aziz berkata partinya akan menghentikan perbuatan maki hamun UMNO jika Al-Quran dan Hadith dijadikan dasar perlaksanaan perundangan di Negara ini.(16hb. Julai 2002 )

8.) MAKI HAMUN SEBAGAI ALAT GANTI
Kota Bharu, Jumaat – Nik Aziz berkata perbuatan memaki hamun sebagai spare part (alat ganti) yang terpaksa digunakan selepas segala saluran halal tidak berkesan. “ Maki hamun ini memang menjadi naluri manusia selepas tidak dapat ikut jalan halal, nak tak nak kena guna spare part”. (15hb. Julai 2003) [SUMBER] Juga.. di sini

No comments: