Wednesday 27 February 2013

AMARAN UNTUK SULTAN SULU....



Manila : Presiden Filipina Benigno Aquino, semalam memberi amaran kepada Sultan Sulu dia mungkin berdepan ‘tindakan undang-undang maksimum’ kecuali pengikutnya diundurkan dari Malaysia.

Dalam ucapan disiarkan televisyen negara itu, Aquino berkata, jika Sultan Sulu memilih tidak bekerjasama, segala tindakan yang dibenarkan undang-undang digunakan bagi ‘mencapai keadilan untuk semua pihak’ yang terbabit.


“Situasi ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Jika anda benar-benar pemimpin kepada rakyat, anda sepatutnya bersama kami mengarahkan pengikut anda kembali secara aman,” katanya. Berpuluh-puluh pengikut Sultan Sulu kini berdepan dengan pasukan keselamatan Malaysia selama dua minggu selepas berlayar dari selatan Filipina ke Sabah bagi menuntut hak ke atas kawasan itu. Diapit dua menteri, Aquino memberi amaran, Sultan Sulu itu mungkin melanggar undang-undang Filipina, termasuk menghasut perang.

Kesalahan itu boleh menyebabkan dia dipenjara sehingga 12 tahun. Bagaimanapun, Sultan Jamalul Kiram III, 74, tidak menunjukkan petanda berundur, sebaliknya bertegas pengikutnya tetap berada di Sabah sehingga tuntutan mereka dipenuhi. “Setakat yang kami tahu, kami tidak melakukan sebarang jenayah,” katanya.

Menurut Jamalul Kiram, pengikutnya dikepung di perkampungan nelayan dan tidak memulakan sebarang keganasan. - AFP

3 comments:

Anonymous said...

memang la tak melakukan jenayah..tetapi membawa senjata api dan masuk secara haram ke Malaysia merupakan satu jenayah di Malaysia

Orang orang said...

Kenapa dekat PRU13 baru mereka terfikir hendak menuntut kedaulatan.

Sudah tentu ada yang berjanji bulan dan bintang untuk Sultan Sulu.

Sudah terang lagi bersuluh

Anonymous said...

Dalam laporan lain, Bekas pimimpin Filipina Margarita Cojuangco dari wilayah Tarlac menafikan dakwaan beliau dan suaminya Jose Cojuangco menghasut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram ke 3 supaya menakluk kembali Sabah"

""Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu,"