Friday, 4 January 2013

PERUT ANWAR DAH KEMPIS, BUAT VIDEO SEKS DI INDONESIA PULAK DAH....!!!


Sekonyong-konyong tiba di cuping telinga saya tentang perkhabaran sebuah video seks yang kini begitu hebat diperkatakan di Jakarta dan disebarkan melalui jaringan Blackberry yang menyaksikan aktornya sekali lagi melibatkan "bapak" Anwar Ibrahim. 

Sebenarnya, saya sendiri belum pernah menonton petikan video tidak bermoral itu memandangkan saya tidak pernah ke ibu negara jiran itu. Namun ada rakan-rakan yang heboh memperkatakannya di sana.

Bagaimanapun, perkara ini disahkan oleh sebuah laman web, AIDC, yang tidak pernah putus mengikuti perkembangan "bapak" Anwar, sama ada di dalam atau di luar negara.

Peliknya, video kali ini dikatakan bukanlah video "Anwar-Chinadolls" yang tersebar dan menggemparkan negara sebelum ini. Malah ia dikatakan memaparkan versi yang agak berbeza.


Jika video Anwar-Chinadoll di Malaysia memaparkan Anwar yang berperut buncit atau "boroi", video di Indonesia ini pula memaparkan Anwar berperut kempis "bangat"! Tertanya-tanya juga bagaimana perut boroi dikempiskan begitu saja?

Seterusnya, kita kembali menilik pula kata-kata Anwar di dalam siri jelajah menipu rakyatnya dan mendakwa di dalam ucapannya bahawa pihak UMNO kononnya akan mereka-reka sebuah lagi video seks untuk memalukannya.

Malah Anwar selamba berkata bahawa videonya kali ini akan menyaksikan dirinya tidak lagi "boroi" dan buncit seperti video pertama, tapi perutnya telah dikempiskan!

Memikirkan secara tiba-tiba saja video seks Anwar berperut kempis dikatakan tersebar di Indonesia, siapakah yang bertanggungjawab mengedarkan bahan tidak bermoral itu ke negara jiran tersebut?

Kalau ditanya kepada Anwar, saya yakin bahawa dia akan berkata bahawa "itulah video yang saya maksudkan dalam ucapan saya tempohari di dalam siri jelajah..". Siapa lagi yang dia hendak tuding jari kalau bukan kepada UMNO?

Pada saya, adalah sangat-sangat mustahil untuk UMNO bertindak "mengempiskan perut" Anwar di dalam mana-mana visual. Sama ada visual pegun atau berbentuk video, adalah sangat mustahil untuk UMNO bertindak bodoh begitu.

Video pertama Anwar berperut boroi pun bukan dihasilkan oleh UMNO, tapi ia bersumberkan dari seorang bekas teman rapat Anwar yang tertipu dengan janji manis "papa Izzah" itu di dalam satu urus niaga kontrak jutaan ringgit.

Teman rapat Anwar itu pun bukan orang UMNO, namun mungkin video pertama itu disebarkan kerana sakit hatinya ditipu Anwar.

Tapi pada saya, kita harus berhati-hati dengan video kedua Anwar tersebut kerana adalah sangat mustahil untuk Anwar mengetahui "perutnya dikempiskan" sekiranya dia tidak tahu isi kandungan video tersebut!


Dalam ertikata lain, sekiranya khabar video seks Anwar yang tersebar di Jakarta itu benar dan Anwar berperut kempis, saya yakin bahawa video tersebut adalah untuk mengelirukan rakyat Malaysia tentang moral Anwar di dalam video yang pertama.

Dalam bahasa mudah, berkemungkinan besar video tersebut dihasilkan oleh orang Anwar sendiri dan bertujuan untuk menafikan video yang pertama seolah-olah direka-reka oleh orang UMNO!

UMNO juga yang dipersalahkan? Sedangkan UMNO tidak punya kena mengena dalam ini cerita. Begitulah otak pembelit dan dia akan belit seluruh rakyat Malaysia selagi dia tidak menjadi Perdana Menteri di negara ini. Na'uzubillahi min zalik!

Sumber: Perak Today

No comments: