Friday 4 January 2013

ANAK BUAH NIK AZIZ MURTAD....???


Hakim Datuk Daud Muhammad yang dibantu dua ahli panel, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abd Halim dan Tan Sri Ghazali Abd Rahman menolak permohonan Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman supaya Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli 19 (gambar), diletakkan di Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

Hashim Deraman memohon supaya Mahkamah Rayuan membuat semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei 2012 terhadap Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM Dungun, supaya diletak di bawah pengawasan Unit Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).


Hashim berhujah, Unit Dakwah JAHEAIK hanya sebuah jabatan yang tidak mempunyai kelengkapan khas untuk memberi bimbingan secara khusus kepada Mohd Fariz Ilham dalam usaha memulihkan akidahnya.

Mahkamah Rayuan Syarie Kelantan mengarahkan Mohd Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, pelajar Diploma Seni Kulinari UiTM yang pernah membuat pengakuan menukar agama kepada Kristian, diberi bimbingan khas oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).


Nota : Pada 24 April 2011, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas mengaku keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian. Beliau yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Dis 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara.

No comments: