Thursday 24 January 2013

MANTAN KETUA PKR PERAK AJAK NIZAR BERDEBAT.....


Pertubuhan Wawasan Rakyat Negeri Perak, Fauzi Muda berkata, beliau sanggup berdebat dengan mana-mana pemimpin pembangkang di negeri Perak dalam sebarang isu politik termasuk isu penubuhan kerajaan pakatan pada tahun 2008.

Saya Cabar Nizar, Abu Bakar Hussain dan Ngeh Koo Ham jika berani tampi dan debat dengan saya terutamanya tentang isu balak yang didominasi oleh pemimpin DAP Perak ketika memerintah Perak selama 11 bulan.

"Saya mencabar pembangkang supaya tampil berdepan dengan saya dalam majlis-majlis debat terutama yang melibatkan intergriti, kredibiliti pakatan rakyat dan polimik penubuhan kerajaan Perak dibawah pakatan rakyat kalaulah mereka ini anak jantan,’’ katanya kepada media hari ini.

Bekas Ketua Penerangan PKR Perak itu juga bersedia menawarkan khidmatnya bagi membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pembangkang menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Saya bersedia memberikan sokongan sekiranya diminta oleh jentera BN bagi memastikan BN mencapai kemenangan besar dalam PRU ke 13 nanti,’’ katanya.

Baru-baru ini Mahkamah Sesyen Ipoh telah memerintahkan Fauzi membayar gantirugi RM100,000 kepada bekas Ketua Pemuda Pas Perak, Norazli Musa berhubung satu saman fitnah.

Bagaimanapun beliau telah mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Ipoh bagi mengetepikan keputusan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh.

No comments: