Monday 28 January 2013

ISU DIPECAT : USTAZ NASHA NEKAD TIDAK MERAYU PADA PAS...???


HARI ini kita sedang menyaksikan satu lagi kepincangan yang pasti memburukkan lagi imej parti PAS. Satu keputusan dibuat tanpa perbicaraan dan si tuduh tidak diberi ruang untuk mempertahankan diri sendiri.

Sebelum ini Datuk Hassan Ali menerima nasib yang sama dengan Nasharuddin dek otokratik PAS. Di antara kenyataan Hassan Ali ialah beliau juga 'tidak menerima sebarang surat meminta beliau menjawab tuduhan terhadapnya'!



Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu juga mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan merayu pemecatannya daripada parti itui.

Hassan Ali menyenaraikan sembilan sebab mengapa beliau membuat keputusannya tersebut: Di antaranya :

- Peranan 'parasit' dalam mempengaruhi pemecatannya.

- Tidak menerima sebarang surat meminta beliau menjawab tuduhan terhadapnya.

- Sebelum pemecatannya pada 27 Disember, Mursyidul Am PAS, Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berkata perkara itu telah diselesaikan.

- PAS telah terpesong daripada perjuangan asalnya.

- Pendirian akomodatif PAS terhadap rakan kongsi Pakatan Rakyat.

- Menghadapi kesukaran dan suasana serba salah untuk melojak, menjunjung, mendaulatkan Islam serta bangsa Melayu seperti yang termaktub dalam pernyataan dasar parti.

-;'Parasit' dalam PAS lebih gemar mendengar pandangan daripada DAP dan PKR, berbanding wakil partinya sendiri dalam hal pentadbiran kerajaan negeri..

2 soalan cepumas :
1. Apakah Nasharuddin akan mengikut jejak langkah Hassan Ali yang tidak mahu merayu kepada kepimpinan PAS?

ATAU

2. Apakah beliau akan buat 'U-turn' dan tunduk dengan otokratik ala 'kuku besi' kepimpinan PAS?
Pemecatan Nasharuddin ini juga pasti mengingatkan kita tentang krisis parti DAP dek perletakkan jawatan Tunku Aziz daripada parti DAP. Di antara laporannya :
Tunku Aziz sebelum ini dipetik laporan The Star berkata, Lim cuba memujuknya dengan menawarkan jawatan tinggi dalam Penang Institute dan “menawarkan pelancongan sebagai umpan.

"Kemudian semalam, Zairil Khir Johari (setiausaha politik Lim) menghubungi saya dan menawarkan pendapatan berjumlah RM50,000 jika saya bersetuju.

"IIa adalah satu penghinaan, dan saya rasakan ia datang daripada individu yang langsung tidak mempunyai rasa hormat.

"Aakah beliau merasakan saya orang yang macam itu? Individu ini tidak mempunyai rasa hormat. Perkataan yang paling sesuai untuknya adalah biadap,” katanya dipetik akhbar Inggeris tersebut.
Tunku Aziz juga mendedahkan sikap Guan Eng DAP yang biadap dan tidak boleh dipercayai. 

Ironinya, sehingga ke hari ini, anak Kit Siang itu tidak menafikan kenyataan Tunku Aziz. 

Nampaknya, rakyat semakin didedahkan kepada kepincangan, ketidak mampuan dan betapa busuknya pekung pembangkang.

PRU13 sudah hampir dan segala konflik dan krisis yang berlaku dalam pembangkang sekarang akan memudahkan lagi rakyat menolak pakatan pembangkang.


Sebelum itu...ikuti kenyataan Nasharuddin Mat Isa tentang pemecatan beliau daripada Majlis Syura PAS.

Kenyataan ini MiM ambil dalam blog rakan MiM, AAKJ : 
Terima kasih rakan-rakan saya.

Saya menerima ratusan sms, email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mestiditeruskan, berjawatan atau tidak.Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bikan pilihan saya. Jika parti ambil kembali jawatan itu, itu hak parti.

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.

Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam."


Nasharuddin Mat Isa
KREDIT TO : Dr MiM

1 comment:

Xpas said...

pecat keahlian terus lg baik, slmtlah dari jamaah khawarij ni.