Tuesday 22 January 2013

ANDA BERANI CUBA....??? TAYANG PUNGGUNG SENDIRI DAPAT 90K LIKE..

.

Meskipun pada mulanya berita ini pasti sukar percayai oleh sekalian Beliebers seluruh dunia. Tapi hakikatnya, sambil menggeleng kepala, para peminat tegar Justin Bieber nampaknya menerima kelakuan jelik idola kesayangan mereka.
Alkisah, penyanyi As Long As You Love Me itu memuat naik sekeping foto - terlihat Bieber sengaja menurunkan seluar sehingga menampakkan punggungnya. Foto tersebut dirakamkan oleh orang lain lalu dimuat naik ke laman Instagram dan Twitternya, pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, tidak beberapa lama selepas foto itu dimuat naik, ianya dipadamkan. Sayangnya, gambar itu telah pun tersebar, bahkan berjaya mencatat hampir 90,000 "like" dan 2, 7000 komen dari pengikut-pengikutnya.

Dalam foto tersebut, penyanyi berusia 18 tahun itu mengenakan baju-t tanpa lengan berwarna hitam, berkacamata dan topi.


.


Sikap pelik Bieber malahan perangai yang bukan-bukannya semakin menjadi-jadi sejak dia putus cinta dengan bintang Disney, Selena Gomez. Beberapa minggu lalu laporan media melaporkan timbul kontroversi ekoran beberapa keping gambar menunjukkan dia sedang mengisap ganja tersebar luar di internet. Gambar tersebut dipercayai dirakamkan di sebuah parti di hotel Newport Beach.

Sementara itu, Bieber kini dalam rangka jelajah promosi album Believe dan akan ke Georgia dan Florida, Amerika Syarikat sebelum ke Dublin, pada Februari nanti - mD

***Teman dari dulu memang tak minat langsung dengan dia ni....

No comments: