Tuesday 5 June 2012

KENAPA 2 AHLI PANEL SIASATAN KHAS PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 TARIK DIRI SERTA-MERTA...???!!!!!



2 orang Ahli Panel Siasatan Khas Perhimpunan BERSIH 3.0 hari ini mengambil keputusan untuk menarik diri berkuatkuasa serta merta.

Mereka ialah:- 

1- Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.
2- Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.

Sebelum ini, Kerajaan telah melantik 6 Ahli Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Ia terdiri daripada:-

1-Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar, Pengerusi.
2-Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub,
3-Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar, Sin Chiew Liew Peng Chuan,
4-Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.
5- Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.
6- Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.
  
Adakah kedua-dua mereka tidak bersetuju dengan pandangan Bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar, sebagai Pengerusi.

Sudah tentu ada sebab-sebabnya dan kita tunggu kenyataan rasmi masing-masing.

Sumber KLPos

No comments: