PERHATIKAN LINK INI: YB Liew Chin Tong (DAP Bukit Bendera) CEO Penang Institute, sebelum ini CEO SERI, Penyelidik Pelawat di ISEAS, Singapura, CEO REFSA, satu badan pemikir bekerjasama dengan NDI iaitu cabang NED.
|
Lim Guan Eng dalam kata pengantarnya (hanya dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin - Bahasa Malaysia dipinggirkan oleh LGE), berkata, Presiden Habibie diingati sebagai orang yang telah memainkan peranan yang penting dalam perkembangan demokrasi di Indonesia.
Setelah mengambil alih sebagai Presiden, beliau membentuk Kabinet Pembangunan Reformasi untuk memastikan kemudahan yang diperlukan dalam membina semula negara dan untuk membangunkan demokrasi sebenar di negara ini...( LGE menekankan Reformasi dengan harapan Reformasi kuasa juga dilakukan di Malaysia)
Antara penekanan Penang Institute yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng, adalah Hightlightkan pembaharuan-pembaharuan utama yang dilaksanakan oleh Presiden Habibie iaitu:
(1) memansuhkan sekatan ke atas pembentukan kesatuan buruh, (LGE berharap NGO Buruh yang Pro-Kapitalis dan Pro-Komunis diperbanyakkan di Malaysia).
(2) melepaskan tahanan politik dan membuka ruang demokrasi untuk rakyat Indonesia, (LGE berharap rakyat Malaysia dipaksakan menggunakan Demokrasi untuk menuju Putrajaya dan menukarkannya kepada DemokrasiKukuBesi).
(3) termasuk membenarkan kebebasan media, (LGE memerlukan Kebebasan Media ditambah lagi untuk menyuntik fahaman-fahaman Kapitalis, Komunis, Plural dsbnya)
(4) penubuhan parti-parti politik (Hasrat terpendam LGE mahu supaya orang-orang Melayu khususnya dibenarkan tubuh seberapa banyak parti politik supaya mereka berpecah belah).
(5) menetapkan had dua penggal untuk jawatan presiden (Maksudnya mengehadkan Jawatan 2 penggal seperti Presiden Singapura, Filiphina dan Indonesia...tetapi mengekalkan jawatan Perdana Menteri selama mana DAP berkuasa melalui PR).
Baca lanjut di sini http://penanginstitute.org/v3/media-centre/press-releases/336-accg-leaders-lecture-by-dr-bj-habibie
Sebaliknya Lim Guan Eng, ataupun lebih jelas, DAP melalui Penang Institute tidak menghigtlightkan pembaharuan-pembaharuan BJ Habibie dari sudut:
(1) Membangunkan Wilayah-Wilayah luar Jakarta seperti Sulawesi dan Acheh kerana wilayah-wilayah ini berkembang syumul Undang-Undang Islam di peringkat Propinsi (Wilayah) dan Kabupaten (Daerah).
(2) Presiden Indonesia mestilah seorang Islam(Muslim), meletakkan agama Islam tidak boleh dipersenda, dipermainkan dan dihinakan.
(3) Presiden Indonesia menekankan aspek Kenegaraan(Patriotik) dan Kesatuan Bangsa Indonesia melalui Menghormati Mayoritas (Majoriti) Bangsa dan Agama.
Kami baca Fikiran Lim Guan Eng melalui Penang Institue, anda perlu memahaminya sekarang sebelum terlambat!!! Kita pun ada think-thank juga - mymassa
1 comment:
Teringat kata-kata seorang "cifu" tentang 3 orang President yang berbunyi lebih kurang:
A : crazy of women.
B : crazy of money.
C : simply crazy.
Post a Comment