Thursday, 13 December 2012

DBKL, SENIMAN, BANTU SELESAI HUTANG SEWA RUMAH PELAKON VETERAN

Datuk Yahya Sulong dan isteri. Foto dipetik dari mstar online

Masalah hutang sewa rumah pelakon Datuk Yahya Sulong yang tertunggak berjumlah RM800 telah pun diselesaikan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Bercakap kepada mStar online, Yahya memberitahu pihak DBKL telah berkunjung ke rumah beliau di di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul pada Selasa lalu dan mengambil semua bil-bil yang berkaitan.

Dalam masa yang sama, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menerusi presidennya iaitu Zed Zaidi turut hadir untuk menyerahkan sumbangan wang tunai bagi membantu meringankan beban penderitaan bekas pelakon veteran itu dan isteri beliau.

2 comments:

Anonymous said...

Beginilah kehidupan kita, sekejap kita di atas dan seterusnya kita di bawah. dan ini ingatan kepada golongan artis muda dan yang sering mengejar kemewahan.jangan lupa simpanan hari tua. ingatlah masa kita dah tak laku lagi, masa kita kurang kudrat untuk berlakon dan menyanyi dan masa tu dah tak ada pendapatan. sedih lah pulak kerana terpaksa hidup dengan minta simpati orang lain. mana saudara mara, mana kawan kawan?

Anonymous said...

Pelakon ni tak ada anak ke? Kesian dgn nasibnya....