Thursday, 13 December 2012

18SX : MEROGOL GUNA KEMALUAN 'BEBOLA BESI'.....!!!!

Mohamad Fadzlie (kanan) dan Mohd. Khairiell Idzham berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. Pix: Kosmo
Mohamad Fadzlie (berbaju merah) dan Mohd. Khairiell Idzham berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR : Keterangan seorang wanita Vietnam mengatakan dia terpegang satu objek keras pada kemaluan lelaki yang merogolnya ketika sesi kawad cam dapat mengheret pemuda itu ke muka pengadilan sekali gus membuatkan tertuduh mengaku salah atas tuduhan tersebut.

Mohamad Fadzlie M. Rosdi, 20, mengaku yang dia ada memasang bebola besi atau ‘tayam’ pada kemaluannya ketika merogol mangsa di sebuah rumah urut di Setapak di sini pada pukul 1 pagi 25 November lalu.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Difahamkan, kawad cam itu dilakukan sebaik polis menahan Mohamad Fadzlie yang datang ke balai polis. Dia diserahkan oleh bapanya selepas gambar tertuduh yang dirakam kamera televisyen litar tertutup premis itu disiarkan akhbar.

Selain merogol, penganggur itu turut dituduh merompak premis tersebut bersama buruh kontrak, Mohd. Khairiell Idzham Hashimi, 21, dan dua lagi yang masih bebas menggunakan parang di tempat dan waktu yang sama - Kosmo

2 comments:

PAPA GOMO said...

salam bro, kawan remove blog lu coz banyak sangat cerita tak berkaitan politik. jika blog ni dah kembali pada asal menceritakan isu politik kawan link kan semula.

Bicara Perjuangan said...

Salam. Terima kasih sudi tinggalkan komen. Teman hargai keprihatinan tuan terhadap blog yang tidak sepertinya ini. Kekadang teman cuma memenuhi permintaan sebahagian pembaca yg mahu teman variasikan artikel dlm ni agar tidak terlalu boring dgn isu politik. Bila sembang dgn mereka di luar, Mereka mahukan teman paparkan apa sahaja artikal, supaya ianya nmpak 'mcm2 ada' dan mereka tidak perlu klik blog lain utk menambahkan pengetahuan, di samping teman tetap utamakan artikel isu politik spt tujuan asalnya. Apapun, sekali lagi teman ucapkan terima kasih. Tak sangka la pulak, orang sehebat tuan sudi singgah di blog teman. SUATU MASA TEMAN INGIN MENJADI SEHEBAT TUAN........