Thursday, 20 December 2012

BLOGGER UMNO PROVOKASI SENTIMEN PERKAUMAN.....???!!!


Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.

Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

“Apa yang kita lihat, blogger Umno paling kuat mainkan sentimen perkauman. Ia adalah percubaan Umno kononnya untuk mengembalikan perpaduan orang Melayu, menampakkan seolah-olah ditindas kaum lain,” katanya kepadaKeadilan Daily.

“Saya juga hairan apabila orang Sungai Petani sendiri tak tahu mengenai hal itu, tapi orang luar berlebih-lebihan menyampaikan berita yang tak betul ini,” katanya.

Menurut Johari, polis turut memaklumkan keadaan di Sungai Petani terkawal dan tiada kematian. Hanya kecederaan ringan melibatkan ahli kumpulan yang bergaduh.

“Ia hanya helah untuk mengambil kesempatan di atas kejadian yang langsung tiada kena-mengena dengan perkauman,” tegas beliau.

“Saya minta mana-mana ahli politik hentikanlah semarak sentimen perkauman kerana ia langsung tidak memberi anda kemenangan. Jangan sampai keamanan negara tergadai,” serunya.



*** Pehal mamat nihhh....???

No comments: