Berikut adalah ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah ayat 256, yang digunakan oleh Nurul Izzah untuk mempertahankan kenyataannya mengenai kebebasan untuk Melayu memilih ugamanya. Masalahnya.... Nurul Izzah hanya mengambil sekerat aja ayat tersebut dan tidak menyatakan tafsirannya pun....!!!
Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Datuk Aidit Ghazali berkata Al Quran tidak perlu diterjemahkan mengikut akal fikiran sendiri semata-mata untuk mendapat undi.
“Jadi di sini saya menasihati Yang Berhormat tersebut (Izzah) serta mana-mana yang sefikrah dengan beliau supaya fikir masak-masak..jangan disebabkan hendak memperjuangkan agenda politik, kita sanggup untuk memutar-belitkan semangat dan juga tafsiran pada ayat-ayat Allah.Saya sangat kasihan kepada ahli-ahli politik yang mana disebabkan terlalu ghairah dengan agenda politik, mereka tergamak mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk membelai dan membuat penelitian kepada agenda politik hingga kata-kata mereka itu menunjukkan kejahilan mereka terhadap apa yang terkandung ayat-ayat al-quran dan juga hadis-hadis nabi,” katanya. sumber : badutrakyat
LIHAT VIDEO DI BAWAH :
Berikut pula adalah video Nurul Izzah yang menggalakkan melayu murtad :
Jika kita kembali melihat sejarah, Anwar adalah pendokong kuat fahaman sekulerisme di negara kita. Banyak kenyataan dan pendirian Anwar seperti isu penggunaan Kalimah Allah, Isu Al-kitab, isu LGBT dan filem "Innocence of Muslims" adalah bersifat sekular. Bagi pendapat mymassa, kenyataan dan isu-isu seperti ini hanyalah bersifat populis. Begitu juga jika dilihat daripada video forum tersebut, semua audience adalah penganut agama Kristian dan berlangsung di Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Hanya dek kerana nak pancing undi pengundi bukan Islam, Nurul Izzah sanggup menggadaikan nama Islam.
Apa yang menghairankan dalam isu seperti ini, yang menjadi persoalan ialah kenapa hanya pemimpin daripada Parti PKR yang sering memberikan dialog/forum mengenai agama Islam kepada penganut bukan Agama Islam. Di mana perginya Parti PAS yang dikatakan membawa perjuangan Islam? yang kununnya telah berjaya mentarbiahkan DAP?. dan apabila isu seperti ini dimainkan oleh rakan sebantal mereka, maka mulalah mengambil pendekatan diam seribu bahasa. Kalaupun ingin mempertahankan, jawapan selamat akan digunakan seperti "itu pendapat peribadi dia" ataupun "xapalah mereka tak tahu islam". Tetapi apabila MCA menimbulkan isu Hudud PAS, barulah mereka dengan sekeras-kerasnya menyerang parti pemerintah. Walhal apa yang dinyatakan oleh MCA tersebut adalah mengenai Hudud PAS, hudud yang dibawa oleh PAS.
Kita sudah melihat banyak contoh. Perkara dan isu sebegini bukan pertama kali dimainkan oleh pihak pembangkang yang terdesak inginkan kuasa. Fahaman seperti yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah harus ditolak mentah-mentah oleh rakyat malaysia khususnya penganut Agama Islam. Mahukah kita menjadi seperti negara Indonesia yang mana setiap tahun dianggarkan 2 juta penganut Islam meninggalkan Agama Islam?
No comments:
Post a Comment