Tuesday 20 November 2012

ARTIS KENA TIPU DI MAJLIS ANUGERAH..... ???

Majlis Anugerah hanyalah penipuan : Presiden Seniman, Zed Zaidi, menganggap lambakan majlis anugerah yang dianjurkan adalah satu penipuan dan bukanlah dinilai sebagai pengiktirafan sebenar.
Zed Zaidi berkata pengiktirafan sebenar sepatutnya merujuk kepada cara pihak penganjur menghargai penat lelah golongan penggiat seni yang selama ini berhempas pulas memberikan yang terbaik.

Gambar hiasan
“Hanya buang masa saja kalau setakat nak buat majlis anugerah dengan menyampaikan trofi kepada pemenang.Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan segenggam trofi. 
“Sepatutnya, sebagai pembakar semangat pemenang, kemenangan itu harus disertakan dengan ganjaran wang tunai atau hadiah menarik.
“Anugerah sebegitu hanyalah satu penipuan tidak langsung kerana hanya penganjur yang dapat keuntungan jutaan ringgit dari majlis tersebut sedangkan pemenang tidak dapat apa-apa. Adil ke?,” katanya.

Zed Zaidi turut menggesa badan yang bertanggungjawab terutamanya kementerian agar mengawal situasi industri yang kini semakin banyak diwarnakan dengan ‘anugerah kosong’.- Info Artis @ forblogger.net 

No comments: