Saturday, 3 November 2012

ARIFF RAHMAN - NAMA MELAYU DALAM FILEM HONG KONG....


Kepada peminat dunia perfileman Hong Kong, nama Ariff Rahman pastinya bukan asing.
Namun, kepada yang tidak berapa terdedah kepada filem-filem wilayah pentadbiran khas itu, melihat nama Ariff Rahman buat pertama kali, pasti akan terdetik soalan, siapa dia ni?


Ariff Rahman

Terus terang penulis cakap, kali pertama penulis nampak nama dia di papan iklan filem Cold War yang sedang ditayangkan di pawagam, penulis ingat apakah Ariff pelakon keturunan Cina dari Indonesia yang berlakon di Hong Kong.
Di Indonesia, adalah menjadi amalan rakyat keturunan Cina menggunakan nama-nama Indonesia dan Islam.
Dan tentu penulis amat jarang menonton filem Hong Kong.
Sebenarnya bukan....
Ariff Rahman asalnya adalah penyanyi dan penulis lirik yang memulakan kerjaya lakonan dalam filem Echoes.
Filem terhebat setakat yang penulis faham melalui beberapa pembacaan di internet adalah Bruce Lee, My Brother.
Dia dipilih Pengarah Raymond Yip kerana dikatakan mempunyai wajah yang sesuai dengan watak Bruce Lee. Pemilihan wajah yang sesuai merupakan cabaran terbesar dalam pembikinan filem Bruce Lee, My Brother.
Serba sedikit lain yang penulis tahu, bapa Ariff berdarah Melayu (katanya Arab juga) dan Ariff adalah anak bongsu dari tiga beradik serta dilahirkan di Hong Kong.
Bapanya memiliki syarikat pembersihan dan mereka sekeluarga menetap di kawasan dinamakan Sai Kung.
Ariff membesar di Hong Kong dan belajar di sekolah King George V (KGV) di mana dia dilantik sebagai Ketua Pengawas antara tahun 2004 hingga 2005.
Selepas itu, dia menyambung pelajaran ke Imperial College (London) untuk belajar bidang fizik selama tiga tahun.
Ariff sebenarnya telah ditawarkan menjadi artis sebaik habis sekolah menengah tetapi memilih untuk melanjutkan pelajaran terlebih dahulu sebelum melancarkan album bertajuk Starting Today pada November 2009.
Bukan sahaja kacak, tetapi terbukti seorang yang bijak.


mynewshub

No comments: