Wednesday, 31 October 2012

WANITA SEKSI DI SEBALIK KEGEMILANGAN CHELSEA.....



Siapakah empunya wajah cantik dan susuk tubuh seksi yang sering hadir di tengah padang setiap kali pemain Chelsea mengalami kecederaan dalam perlawanan...???



Dia adalah EVA CARNEIRO....... fisioterapi untuk pasukan Chelsea! Carneiro terlalu setia kepada Chelsea dan akan sentiasa bersama-sama pemain Chelsea sama ada ketika berlatih apatah lagi di perlawanan sebenar.

Dia memang terbilang sebagai fisioterapi sukan khususnya bolasepak  kerana termasuk seorang dari cuma hanya beberapa orang fisioterapi wanita di liga bolasepak antarabangsa. Berambut ikal dengan bibirnya yang tebal, dia dilihat memancarkan keseksian wanita Amerika Latin di tengah-tengah ketangkasan pemain bolasepak lelaki..!!!


Mungkin kerana itulah....
Sebuah lagu cinta digubah khas oleh salah seorang peminat fanatik Chelsea.  Lebih mengagumkan lagu itu bukan ditujukan untuk pemain, jurulatih mahupun nama kelab tersohor dengan jolokan THE BLUES itu.  Tidak lain tidak bukan, pencipta lagu tersebut, Jim Daily, yang juga seorang penyanyi amatur, menciptakan lagu itu untuk EVA CARNEIRO!!! 

Lagu yang digarap dengan serius untuk fisioterapi itu diberi tajuk 'A Love Song for Eva Carneiro' siap dengan video klipnya sekali. Wah...wah..!!! 


Anda nak tau apa lirik lagu tersebut?.... Di antara lirik lagu itu adalah.....
"Andai aku boleh jadi pemain Chelsea, aku akan sering cedera agar  sering ditangani Eva Carneiro," 

Video klipnya pun bagus juga.... boleh la mengundang senyum! Dalam klip video itu juga ditampilkan penulis lirik lagu tersebut membawa poster besar Carneiro ke mana-mana.


Wanita yang dilahirkan di Gibraltar ini, juga sebenarnya seorang model, mula menyertai Chelsea pada Februari tahun 2009.  Awal penyertaannya hanya diletakkan bersama team pelapis tetapi bermula musim 2011/2012, dia telah diserap ke pasukan utama. Sejak itulah namanya mula meniti di bibir peminat kelab bolasepak yang terkenal dengan warna biru itu.

Pastinya sebagai seorang model, Carneiro juga tidak terlepas dari lensa kamera untuk memfokus gambarnya dalam keadaan seksi.....

Bila di amat-amati gambar berikut (yg bercoli).... macam bukan Carneiro aja.... tengok la sendiri.....




Dan.... gambar paling jelek...... 



JOM KITA TENGOK PULAK..... VIDEO 'A LOVE SONG FOR EVA CARNEIRO'


1 comment:

Anonymous said...

Aku suka artikel ni. sempoi. out of politics.
video tu kelakar dan menghiburkan.
syabas admins!