Kelab Wartawan Muda Malaysia sokong pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 kekal
Kelab Wartawan Muda hari ini membuat laporan polis terhadap ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, serta tiga ahli parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) iaitu Tian Chua, Mahfuz Omar dan R Sivarasa kerana mahu membawa tiga peguam asing ke Parlimen untuk membentangkan isu Scorpene.
Menurut presidennya, Dzulkarnain Taib berkata, Kelab Wartawan Muda tidak mahu campurtangan asing di dalam hal ehwal negara.
“Apakah hak pembangkang membawa peguam asing untuk memberi taklimat di dalam Parlimen?
“Beliau juga mahu membawa William Bourdon, peguam Perancis yang pernah ditahan di KLIA, selain Joseph Breham dan Oliver Netzer.
“Apakah locus standi Suaram (Suara Rakyat Malaysia) terhadap kes tersebut?” kata Dzulkarnain selepas membuat laporan tersebut di balai polis Dang Wangi petang hari ini.
Dia juga bertanya apakah hubungkait pembangkang dengan Suaram serta siapa yang membiayai kos membawa tiga peguam asing tersebut.
Menurut bekas editor Suara Keadilan itu, Kelab Wartawan Muda itu mempunyai keahlian seramai 100 orang.
Selain dari Kelab Wartawan Muda, turut menghantar wakil ialah dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah (LKPJ), Lembaga Pelindung Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Dzulkarnain berkata, beliau kini memantau media untuk kepentingan negara dan sentiasa menyokong kerajaan, serta tidak bekerja untuk mana-mana media. ~ malaysianinsider
Itu laporan dari Malaysian Insider..... di mana dengan laporan itu, ramai blogger puak berhaluan kiri telah mengesyaki bahawa Dzulkarnain Taib adalah 'musuh dalam selimut' dan tidak boleh dipercayai walaupun Dzulkarnain Taib adalah Ketua Pengarang Suara Keadilan!!!!
TETAPI..... berlainan dengan AIDC yang menyifatkan ianya ada permainan politik halus di sini, ada benda lain yang sengaja ditimbulkan untuk menyembunyikan agenda sebenar.
Ianya kerana.... 3 perkara telah dilakukan serentak..... BACA SETERUSNYA ..... AIDC
*** Dalam blog pembangkang, Dzulkarnain disebut sebagai Bekar Editor Suara Keadilan
( kerengga ), sebaliknya AIDC menyebut beliau sebagai Ketua Pengarang Suara Keadilan.... mana satu betul ni..???
No comments:
Post a Comment