Sunday, 14 October 2012

JOM TENGOK ! YANG DIKATAKAN JANGGUT TERBAIK DI DUNIA


Lelaki berusia 26 tahun ini telah berjaya memenangi World Beard and Mustache Championship. Kategori yang dimenanginya adalah  ‘janggut penuh dengan kumis gaya’.


Burke Kenny telah memenangi untuk pertama kalinya kategori ini empat tahun lalu. 

Ketika  itu dia juga menjadi lelaki termuda yang menjadi juara bulu muka international.

“Saya sama sekali tak menganggapnya serius,” ujarnya.

Beliau mengaku senang menjadi lelaki terhormat dan diperlakukan secara terhormat pula.
Kenny mula ditumbuhi janggut dan misai ketika berusia 20 tahun dan dia mengatakan bahawa pengaruh bulu mukanya diwarisi dari ayahnya.

'Ayah saya menjadi inspirasi nombor satu saya.  Ia memiliki misai selama 30 tahun', katanya seperti dipetik dari UPI.

Kenny merupakan salah satu dari enam pasukan anggota Beard Team USA yang berjaya membawa pingat emas di kejohanan tahun ini.


Menurutnya, pingat emas itu menjadi pemahaman dan penerimaa ke atas janggutnya. 

Saya sokong jika ada lelaki lain yang mahu menumbuhkan bulu muka yang berkualiti jika mereka boleh 'mengenakannya' dengan rendah hati', katanya mengakhiri perbualan.




No comments: