Thursday 4 October 2012

BILA PAPAGOMO DEDAH KABINET BAYANGAN PR...................






Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.

Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.

Utusan Malaysia 4/10/12

*** Ke mana perginya bayang Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Mat Sabu dalam kabinet bayanagan tu? Langsung tak nampak  bayang...... Mungkinkah masing-masing sedang terbayang-bayang jawatan-jawatan menteri yang diidam-idamkan mereka ... Tak patut la Anwar buat macam tu kat rakan sebiliknya... atau mungkin jugak Anwar membayangkan yang mereka bertiga tu akan tumbang di PRU 13 nnti sebab tu lah dia tak bayangkan dalam kabinet.... hehehe!!!

No comments: