Hari Ini Kristian 9%, Akan Datang Belum Tau..
AHLI Parlimen Parit Buntar PAS, Mujahid Rawa (dalam usaha mempertahankan DAP), hari ini mendakwa tidak mungkin 9% Kristian dapat memerintah negara ini yang dikuasai oleh orang Islam.
Cakap Mujahid Rawa merujuk kepada satu majlis yang diadakan DAP sebagai meraikan kemenangannya di Sarawak pada 2011 seperti yang didakwa Ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa (bukan UMNO pun).
Kalau ikutkan penulis malas nak masuk campur sebab dakwaan dibuat oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS, penafian pulak dibuat oleh Ahli Parlimen PAS. Penulis bukan penyokong PAS pun.
Cuma penulis tergerak nak masuk campur bila melihat Mujahid terlupa kepada beberapa faktor dan memandang mudah perkara ini hanya kerana Kristian bukan majoriti. Sebetulnya ada banyak sebab macam mana Kristian boleh membentuk kerajaan di Malaysia ini walaupun mereka bukan majoriti.
Hari ini memang betul Kristian 9% tapi kalau tidak ada usaha dilakukan untuk menyekat penyebaran puak ini dikalangan orang Islam, jumlah itu boleh meningkat dari masa ke semasa.
Kalau Kristian dan dana tidak terbatasnya mampu meletakkan seorang Melayu/Islam yang diperalatkan mereka sebagai Perdana Menteri atau Menteri Besar, Kristian masih boleh membentuk kerajaan di Malaysia ini.
Dan dalam dunia demokrasi hari ini, pengikut Kristian tidak perlu menjadi penduduk majoriti pun untuk membentuk kerajaan. Ahli Parlimen yang telah dipilih, kalau mereka memutuskan di dalam dewan untuk melantik seorang Kristian sebagai Perdana Menteri, sudah tentu boleh, sebab perlembagaan Malaysia tidak menetapkan seorang Perdana Menteri mesti dari seorang yang beragama Islam.
Tak seperti di Perak dan beberapa negeri lain di Semenanjung.
Bila menyebut Perak, Mujahid terlupakah, kalau tidak kerana undang-undang tubuh kerajaan negeri menetapkan seorang Melayu beragama Islam sahaja yang boleh dilantik menjadi Menteri Besar, bukan Nizar tapi Ngeh Koo Ham yang akan menjadi Menteri Besar di Perak?Dan Perak bukan dihuni majoriti orang cina pun tapi orang Melayu!!
Tapi sebab jumlah kerusi DAP di DUN Perak lebih banyak dari PAS dan PKR, maka dari segi teknikalnya merekalah yang lebih layak membentuk kerajaan dan melantik Menteri Besar.
Itu satu contoh ya. Kita bangkitkan perkara ini bukan sebab rasis tapi nak menjawab perbandingan yang dibuat Mujahid Rawa itu dalam nak mempertahankan DAP. Kita nak nyatakan disini bahawa Kristian boleh membentuk kerajaan di Malaysia ini walaupun mereka bukan golongan majoriti.
Malang benar bila Ahli Parlimen bertaraf Dr. falsafah ini gagal melihat perkara ini dari sudut yang lebih luas.
Semata-mata nak mempertahankan DAP, dia hanya mengambil contoh-contoh yang berpihak kepada dirinya dan mengenepikan faktor-faktor lain.
Sumber : MyKMU
1 comment:
sumpah. aku takut. aku takut tak dapat mempertahankan agama suci kita ni..aku harap setidak tidaknya dalam lubuk hati kecil mujahid rawa ni ada rasa bimbang.bayangkan kalau nabi muhammad s.a.w masih hidup..tgamak kah beliau nak cakap mcm ni?mungkin dia rasa selamat sekarang. sebab yang memerintah sekarang orang islam. macam mana pulak ke depan nanti. anak cucu kita semua? mahu kah kita jadi seolah2 pelarian macam saudara islam kita di kemboja? di pattani? di filipin?
Post a Comment