Friday 5 October 2012

'ANJING' NIZAR KUAT MENYALAK KONON MB PERAK JUAL RUMAH PERAK..!!!!


Sejak awal minggu ini, blog-blog puak berhaluan kiri yang berwarna hijau (PAS) dan juga tabloid 'ubatkuatharam' HaramkahDaily bukan main berlagak membesar-besarkan isu kononnya Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry (kena sebut nama sebab puak-puak hijau berhaluan kiri tetap sebut Nizar sebagai MB Perak depa),   telah menjual aset negeri kepada kroni beliau.

'Anjing' Nizar yang dimaksudkan adalah Salman Salleh iaitu Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri, mengemukakan beberapa soalan untuk dijawab oleh DS Dr. Zambry.  Bila PAS Perak mula sebarkan isu (fitnah), sebenarnya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menyerang kredibiliti Menteri Besar itu agar rakyat membenci beliau dan sekaligus nama beliau akan 'tercemar' dengan isu tersebut lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 yang semakin hampir ini.

Itulah dendam mereka yang tak pernah padam terhadap DS Dr. Zambry sejak Nizar hanya mampu bertahan selama 11 bulan menduduki kerusi Menteri Besar Perak.

Berikut adalah SOALAN-SOALAN TANPA BUKTI yang dikemukakan oleh Salman berkaitan isu tersebut atau lebih tepat sebagai cubaan fitnahnya terhadap DS Dr. Zambry...... cekkidot.......!
  • Adakah benar Rumah Perak di Batu Feringghi telah dijual kepada 'orang' (kroni) DS Dr. Zambry..?
  • Adakah Kerajaan Negeri Perak pimpinan Datuk Seri Zambry menghadapi masalah kewangan untuk menampung kos pentadbiran negeri sehingga terpaksa menjual rumah tersebut?
  • Mungkinkah kerana Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat maka rumah tersebut di jual?
  • Adakah kerajaan negeri sudah membeli rumah yang baru bagi menggantikan rumah yang telah dijual itu?
  • Katanya, PAS Perak juga mahu penjelasan siapakah pembeli rumah tersebut dan apakah hubungannya dengan Zambry jika ianya telah dijual.
Berikut adalah JAWAPAN BALAS kepada soalan-soalan 'mengarut' tersebut, mengikut turutan soalan :
  • TIDAK..!!! Rumah Perak tidak pernah dijual kepada sesiapa pun!  Sebaliknya sebuah syarikat yang bernama Al Creative Developers Sdn. Bhd. telah diberi hak untuk mengurus Rumah Perak itu selama 30 tahun.
  • Bila soalan pertama telah dijawab TIDAK.... bermakna soalan-soalan yang seterusnya telahpun dijawab! Soalan-soalan itu hanya berbentuk persepsi dan 'tuduhan'. Ini kerana, walaupun semua soalan  salman berbeza ayatnya tetapi menumpukan kepada penjelasan yg sama dan lebih kepada mahu memburukkan DS Dr. Zambry, iaitu rumah tersebut telah dijual. WALHAL RUMAH ITU TIDAK PERNAH DIJUAL..... atau dalam lain bahasa disebut sebagai 从来没有卖过房子...... faham!!!!

Ok lah.... now teman jelaskan jawapan teman tu dalam bahasa yang lebih mudah.....

Rumah Perak tidak pernah dijual tetapi di berikan hak mengurus kepada syarikat Al Creative Developers sdn bhd. Dan rasionalnya kenapa aset itu di beri hak mengurus kepada syarikat berkenaan ialah kerana Rumah Perak yg berada di Batu Feringghi itu hanyalah sebuah rumah lama yang hanya boleh disewa oleh kakitangan kerajaan Negeri Perak dengan sewaan sebanyak RM 50 sehari. Rasionalnya tiada keuntungan langsung kepada kerajaan negeri sekiranya cara ini diteruskan kerana maintainance rumah dan kawasan sekitarnya pun tidak boleh ditanggung oleh hasil sewaan itu.
Manakala sekiranya hak mengurus diberi kepada syarikat yang disebutkan tadi maka pendapatan kerajaan negeri semakin bertambah dan hak milik rumah serta tanah masih lagi menjadi hak milik kerajaan Negeri Perak.
Ini adalah kerana berdasarkan perjanjian berikut diantara pemilik tanah Rumah Perak iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) dan Syarikat Al Creative Developers Sdn Bhd.
  • Perjanjian pembangunan berdasarkan kepada BOT ( Build - Operate - Transfer ) dimana pemaju akan diberikan konsesi selama 30 tahun untuk mengurus Rumah Perak.
  • Pemaju dibenarkan membina sebuah Hotel bertaraf 3 bintang setinggi 6 tingkat ditapak tanah rumah perak dengan syarat Rumah Perak sediada tidak dirobohkan. Dan hotel tersebut akan menjadi hak milik kerajaan negeri perak sepenuhnya selepas 30 tahun apabila tamat perjanjian. 
  • Pemaju tidak dibenarkan mencagar tanah kepada mana mana pihak. 
  • Pemaju juga perlu membayar kepada SSI untuk 30 tahun perjanjian itu dengan 3 fasa :
i.   Fasa pertama ialah untuk 10 tahun pertama pemaju perlu membayar sebanyak RM190,000 setahun. 
ii.  Fasa kedua ialah untuk 10 tahun kedua sebanyak RM194,500 setahun 
iii. Fasa ketiga iaitu 10 tahun ketiga pemaju perlu membayar sebanyak RM199,225.
  • Setelah hotel tersebut disiapkan, kakikatangan kerajaan Negeri Perak tetap boleh menyewa bilik hotel tersebut dengan harga RM50. Dan lima bilik disediakan khas untuk kakitangan kerajaan Negeri Perak sahaja.

Status pembangunan semasa masih lagi menunggu kelulusan dari One Stop Centre (OSC) MPPP. 

Di sini teman pula ingin mendapat penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, adakah Lim akan membiarkan pembangunan ini dijalankan atau akan cuba mensabotaj projek ini atas dasar politik milage?

Kepada Salman Salleh budak suruhan Nizar kami juga ingin memberi sedikit pandangan agar jangan memfitnah dengan berselindung di sebalik  "ayat ayat berbentuk soalan" atau "ayat ayat yg kononnya meminta penjelasan" dan ayat ayat yang sama waktu dengannya. Sudah-sudah lah.... jangan diteruskan kerja menjadi 'anjing' tu!!!!


Jangan diikut sangat kerenah Nga n Ngeh... Kan dah jadi Ngok....!!!

Bak kata orang bijak pandai, kalau ada otak bodoh tu jangan la di bawa berjalan, tinggalkan bodoh tu dalam almari di rumah dan lock dengan mangga besar!!!. Bawak otak yg boleh pakai tu sahaja... Kalau bodoh tak nyusahkan orang takper, ni bodoh tak boleh diajar sebab kerjanya nak fitnah orang jer.... Kononnya macam orang bijak le bila tuduhan fitnah tu pakai ayat kononnya nak minta penjelasan dari Dato Seri DiRaja Dr. Zambry....

SUMBER : PCT

*** Berhentilah bagi makan anak bini dengan hasil menyebarkan fitnah tu...!!!

No comments: