Tuesday 9 October 2012

ADINDA SULTAN KELANTAN SAMAN PDRM...???


Tengku Muhammad Fakhry Petra Saman PDRM  : Menurut laporan berita tempatan, adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra telah memberi penjelasan kepada Mahkamah Tinggi, bahawa beliau tidak ada melakukan apa-apa kesalahan berunsur jenayah sewaktu pihak polis menahannya pada 30 Ogos 2009.

Tengku Muhammad Fakhry, 34, berkata, beliau tidak diberitahu  kenapa dirinya ditahan dan tidak juga diberitahu sama ada melakukan sebarang kesalahan berunsur jenayah sewaktu  polis menahannya di pekarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.
“Saya telah ditahan polis sekurang-kurangnya 1 jam serta tidak dibenarkan keluar dari Istana Mahkota,”
Dalam pada itu, beliau turut hadir dalam perbicaraan kes saman RM150 juta dirinya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar serta 3 lagi yang didakwa menahannya secara salah pada tarikh tersebut.
Saman tersebut telah difailkan pada 9 Disember tahun lepas.
Selain Ismail, beliau menamakan Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan, Asisten Superintendan Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai defendan.

No comments: