Thursday, 13 September 2012

SUAMI TIDAK PERNAH 'SENTUH' ISTERI SELEPAS 5 BULAN BERKAHWIN....

Ini bukan kes.....kahwin paksa.
Ini bukan kes...... isteri tu bukan wanita...
Ini bukan kes......ilmu hitam....
Ini juga bukan kes..... isteri ada lelaki lain....
Tapi ini SPECIAL KES....... SUAMI ADALAH 'KETURUNAN KAUM NABI LUTH'..!!!!

Hiasan

Ikuti luahan seorang isteri yang bersuamikan gay... sebagaimana yang dipetik dari Blog Mazidulakmal  

"Bang, ada wanita meminta bantuan melalui telefon. Dia dan suami, guru dan berkahwin sejak 5 bulan lalu," ujar sahabat saya.

Saya mendengar.

"Sejak bernikah, mereka tidak pernah bersama kerana suami dia gay. Dia terbaca interaksi emel di antara suami dan pasangannya, lelaki Indonesia. Suami dia sanggup terbang ke Bali untuk bertemu lekaki itu," tambahnya lagi.

Saya jelaskan, gay terbahagi kepada 3 kategori. Top, bottom dan fleksibel.

Sahabat saya, peniaga berjaya dan ilmuan agama namun beliau mengambil tahu berhubung gejala sosial berlaku di sekeliling.

"Suami dia bottom," ujarnya spontan.

'Bottom' bermaksud lelaki itu posisinya di bawah ketika melakukan hubungan seks sejenis.

Melalui firasat saya, jika sudah gila punggung, sukar tabiat itu dibendung.

Bagaimanapun kita berhak untuk membantu.

"Kalau boleh abang tolong kongsikan masalah ini di entri blog supaya pembaca berpeluang melontarkan pandangan berhubung kaedah untuk menyelesaikan masalah didepani oleh wanita itu. Kalau dia ke Jabatan Agama, habis kuat diberikan nasihat dan the worse case senario, isteri dinasihatkan menuntut fasak," katanya.

"Sebelum ini, ada kes, guru wanita menghubungi saya. Suaminya kerap meminta tukang urut lelaki datang ke rumah. Kekadang suami meminta kebenaran isteri untuk 'tukang urut' tidur di rumah mereka. Tiba-tiba satu malam, wanita itu terjaga dari tidur dan mendapati suaminya tiada di sebelah. Rupanya dia tidur dengan tukang urut di bilik sebelah," celah saya.

Saya berasa amat khuatir andai guru bernafsu songsang.

Dia ke sekolah, mengajar dan bercampur gaul bersama anak kita.

Bayangkan ...

Jika nafsu kaum Nabi Luth tidak berupaya di kawal.

No comments: