Saturday, 1 September 2012

HARGA MAKANAN DUNIA MENINGKAT 10%

Hiasan

WASHINGTON  - Harga makanan dunia melonjak naik sebanyak 10 peratus pada bulan lalu ekoran musim kemarau yang melanda Amerika Syarikat (AS) dan Eropah Timur.

Menurut kenyataan Bank Dunia yang dikeluarkan semalam, bermula Jun hingga Julai, harga gandum dan jagung meningkat 25 peratus dan harga kacang soya meningkat 17 peratus manakala hanya harga beras yang turun empat peratus.

Secara keseluruhannya, Indeks Harga Makanan Bank Dunia menunjukkan kenaikan enam peratus lebih tinggi berbanding bulan Julai tahun lalu dan kenaikan satu peratus berbanding paras tertinggi pada Februari tahun lalu.

Sehubungan itu, Bank Dunia menggesa kerajaan di seluruh dunia meningkatkan program pemakanan bagi melindungi kebajikan rakyat masing-masing.

Presiden Kumpulan Bank Dunia, Jim Yong Kim berkata, kenaikan harga makanan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia sangat berisiko kepada penduduk dunia.

No comments: