INGATKAN CAK saja meluat dengan seorang pengulas sukan di RTM sewaktu menyampaikan laporan Pandelela Rinong bersaing pada pertandingan akhir 10 meter platform individu wanita.
Rupa-rupanya ramai juga meluahkan pandangan sama. Tidak kurang membandingkan corak penyampaiannya dengan satu lagi stesen sukan di Astro, saluran khas Olimpik 841 sewaktu penyumbang pingat gangsa negara itu bersaing mendapatkan tempat terbaik.
Ceritanya, pada peringkat awal Pandelela memulakan cabaran, tidak dinafikan kedudukannya tidak berapa baik kerana beberapa kesilapan kecil dilakukan sewaktu melaksanakan penerjunan.
Namun yang mengecewakan, pengulas sukan ini terus ‘jatuh hukum’ atlet kebanggaan negara itu tidak akan berjaya dan impian negara untuk memperoleh pingat akan musnah.
Ayat negatif penyampai itu membuatkan mereka yang menyaksikan pertandingan itu berasa tidak puas hati kerana dilihat seperti meperendah-rendahkan kredibiliti penerjun negara.
Ini jauh berbeza dengan corak penyampaian saluran sukan 841 yang terus memberi kata-kata semangat dan komentar sihat supaya penonton tidak berasa marah atau putus harapan kepada wanita pertama memenangi pingat di sukan Olimpik itu.
Entah mengapa dan apa punca penyampai itu memberi komentar sedemikian pun CAK tidak faham. Masalahnya, dia bertugas di stesen milik kerajaan yang sebelum ini sering memperjuangkan slogan sihat bagi membangkitkan semangat 1Malaysia.
Itu belum lagi penyampainya memberikan laporan salah dan merapu. Kadangkala apa yang cuba mereka mahu sampaikan CAK sendiri tidak faham.
~ myMetro ~
Pandelela selepas dikalungkan pingat gangsa Olimpik London 2012
No comments:
Post a Comment