Sunday 12 August 2012

MAUT DISAMBAR PETIR SELEPAS SOLAT SUNAT TERAWIH

Hiasan


BANGLADESH - Seramai 13 maut termasuk imam, manakala 15 yang lain cedera selepas disambar kilat di luar pekarangan masjid di Sylhet, timur laut, kira-kira 200 kilometer dari Dhaka, Bangladesh, kelmarin.

Ketua polis tempatan, Bayes Ahmed berkata, kejadian berlaku selepas mereka selesai menunaikan solat Tarawih.

"Semua 13, termasuk imam, meninggal dunia di tempat kejadian dengan badan dan muka beberapa mangsa terbakar," katanya.

Ahmed berkata, enam orang dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius.

Difahamkan, masjid itu baru digunakan selepas penduduk berpindah dari sebuah surau bagi menampung kapasiti jemaah yang kian bertambah.

No comments: