Saturday 14 July 2012

PUAK PR TERDESAK GUNAKAN PAK LAH UNTUK RAIH SOKONGAN ANTI FELDA...!!!


KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka. "Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.

Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu. -BERNAMA

Berikut poster terbaru....selepas kantoi dengan kenyataan Pak Lah....


No comments: