Monday 2 July 2012

ANWAR, AZMIN DAN BADRUL DI DAKWA BERSUBAHAT......


be-anwarbukagate513
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Azmin Ali dan seorang pemimpin mudanya Badrul Hisham Shaharin pada Isnin didakwa lagi di mahkamah atas tuduhan bersubahat memecahkan sekatan ketika perhimpunan BERSIH 3.0.
Dakwaan baru itu merupakan tuduhan ketiga yang dihadapi tiga pemimpin berkenaan yang sebelum ini didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan melanggar perintah mahkamah.
Kesemua mereka didakwa menggunakan Seksyen 109 Kanun Acara Jenayah kerana bersubahat dengan tiga lagi ahli PKR, Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim.
Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.
Mahkamah menetapkan 3 September untuk sebutan kes berkenaan.
Pada 22 Mei lalu, mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.
Majistret Zaki Asyraf Zubir dalam perintah bertarikh 26 April itu melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
Anwar dan Azmin boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut dan boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.
Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun 
~ AD

No comments: