Saturday 30 June 2012

TOM CRUISE, KATIE HOLMES.....BERCERAI JUGA...



Pasangan popular Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes telah bercerai selepas lima tahun berkahwin.



Daily Mail menyatakan, Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe.
Jonathan Wolfe memberitahu majalah People punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan masalah peribadi yang dihadapi pasangan itu.
“Baik Holmes mahupun Cruise masalah yang berlaku sangat peribadi,” ujarnya.
Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.
“Dia sangat sayangkan Suri dan sering bersama anaknya itu dan buat masa ini pengawasan anak mereka diberi kepada Holmes,” katanya.
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers. 
Untuk rekod.... pernikahan Tom Cruise pada tahun 2008 itu menelan belanja sebanyak US$2 juta. Pasangan yang lebih mesra dengan panggilan TomKat itu menikah di sebuah tempat di luar Rome, Italy dengan menampilkan penyanyi opera kelas dunia, Andrea Bocelli sebagai penyanyi undangan untuk menghiburkan tetamu.
Gaun pengantin yang membaluti tubuh Holmes ketika itu penuh bertabur kristal Swarovski hasil sentuhan Giorgio Armani.  Pesta perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh 150 orang tetamu yang terdiri dari teman-teman rapat dan saudara terdekat sahaja.
Ternyata dan terbukti perbelanjaan perkahwinan yang mewah bukanlah jaminan kebahagiaan rumahtangga......

No comments: