Saturday 30 June 2012

RATU ELIZABETH PAMER BERLIAN...


Kotak barangan kemas bertatah 3,000 butir berlian milik Raja Frederick dari Prussia, yang dibeli Ratu Mary pada 1932. - AGENSI

LONDON 29 Jun - Lebih 10,000 butir berlian akan dipamerkan pada satu pameran di Istana Buckhingham di sini pada minggu ini untuk meraikan ulang tahun ke-60 pemerintahan Ratu Elizabeth.

Pameran berlian yang dikumpul sejak berabad-abad itu juga melambangkan simbol kecantikan dan kuasa, kata kurator pameran, Caroline de Guitaut.

Beliau berkata, pameran itu akan bermula esok sehingga 8 Julai ini dan dari 31 Julai ini hingga 7 Oktober ini.

“Acara itu bertepatan dengan sambutan jubli intan Elizabeth pada tahun ini, dan turut mempamerkan permata yang dipakai beliau semasa menghadiri majlis rasmi di Britain dan di luar negara.

“Objektif pameran ini ialah untuk mempamerkan bagaimana pemerintah menggunakan berlian sebagai simbol kekayaan dan kuasa," katanya.

De Guitaut berkata, pameran tersebut akan diadakan dalam bilik gelap di istana itu yang boleh diakses melalu koridor serta dihiasi dengan potret diraja generasi sebelum ini.

“Kami akan cuba mempamerkan beberapa berlian penting yang dimiliki oleh keluarga diraja," katanya.

Barangan pertama yang akan dipamerkan adalah mahkota kecil milik Ratu Victoria yang dihiasi lebih 1,100 butir berlian. - AGENSI

No comments: